"Isu brcivm di kelab malam, ini reaksi Ismail Izzani selepas persembahan SFMM37..",-
Isu brcivm di kelab malam, ini reaksi Ismail Izzani selepas persembahan SFMM37
PENYANYI Ismail Izzani mengelak bertemu dengan sekumpulan wartawan bagi mendapatkan reaksinya susulan penularan video memaparkan aksi sumbang dikatakan mirip wajahya di media sosial ketika ini.
Pihak media dimaklumkan penyanyi berusia 22 tahun itu menolak permintaan untuk bertemu dengannya bagi mendapatkan reaksi Ismail berhubung video tersebut.
Difahamkan Ismail ‘cabut’ sejurus selesai membuat persembahan bersama Naim Daniel di pentas separuh akhir Muzik-Muzik ke-37 (SFMM37) menerusi lagu Habis Sini pada Sabtu.
Ibu Ismail turut menjadi mangsa apabila menjadi tempat sasaran kemarahan netizen.
Terdahulu, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki mirip Ismail yang merangkul seorang gadis berpakaian seksi di sebuah kelab sambil mencium bahagian pipi dan leher dalam keadaan ghairah.
Susulan penularan video memalukan itu, akaun Instagram anak kepada penyanyi era 1980-an, Datin Suliza Salam diserang netizen yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak bermoral.
Tidak hanya Ismail, ibunya juga turut diserang netizen sehingga sanggup meninggalkan kata-kata kurang enak terhadapnya.
“Mengata Anak Orang Memang Seronok” – Ibu Ismail Izzani
Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai nama penyanyi Ismail Izzani apabila tular video seorang lelaki didakwa miripnya ghairah bercium dengan seorang wanita di kelab malam.
Susulan video itu, bukan sahaja Instagram penyanyi itu sahaja diserang, malah akaun Instagram ibunya iaitu Datin Suliza Salam turut dihujani komen negatif netizen.
Malah, ada yang mengutuk ibu kepada penyanyi itu tidak pandai menjaga anak serta meninggalkan kata-kata sindiran.
Tidak hanya berdiam diri, penyanyi era 1980-an itu dilihat membalas komen seorang netizen dengan mengatakan memang seronok mengutuk anak orang lain sedangkan mereka tidak tahu nasib sendiri.
“Anak kamu nanti belum tau juga lagi kan. Mengata anak orang memang seronok kan. Pengakhiran hidup belum tentu. Allah Yang Maha Pengampun. Bukan kata-kata orang yang akan ubah dia atau siapa jua. Tapi Allah. Faham ya,” tulisnya.
Dalam pada itu, Suliza turut meluahkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih di atas segala teguran serta mendoakan agar Allah menjaga aib mereka.
“Syukur Alhamdulillah. Terima kasih atas tunjuk ajar dan teguran. Semoga Allah melindungi dan merahmati kamu sekeluarga. Dijauhkan daripada segala aib dan musibah,” tulisnya.Untuk rekod, ini bukan kali pertama penyanyi lagu Luar Biasa ini terbabit dalam kontroversi malah pernah dikecam kerana berpelukan dengan seorang pelakon wanita di kelab malam.
kredit: mstar