“Doktor kata dia tak lama lagi..“- Baru Saja Nad Zainal Buka Mata, Ini Pula Yang Jadi Sampai Ungku Ismail Enggan ‘Update’ Keadaan Nad Zainal Lagi

Pengarah Sharulezad Mohameddin memaklumkan keadaan pelakon Nad Zainal semakin baik berbanding semalam.

Menurutnya, pelakon itu sekali sekala ada juga membuka matanya dan tidur semula.

“Kadar kebergantungan dia pada mesin oksigen semakin berkurangan. Luka luka di paru parunya semakin pulih. Paru paru sudah mula berfungsi dengan lebih bagus. Cuma doktor tak mahu memaksa sangat.

“Sebahagian ubat-ubatan juga ada yang mula dikurangkan dan ada juga sudah diberhentikan bila melihat keadaan Nad semakin stabil. Syukur tak terhingga.

“Terima kasih Allah mengabulkan doa kita semua. Saya harap kita akan terus berdoa. Selain untuk Nad sendiri, kita juga perlu doakan untuk mereka yang memerlukannya,” katanya.

Sebagai antara individu yang sangat rapat dengan Nad, Sharulezad terharu dengan doa serta sokongan ramai melihat pelakon itu sembuh seperti sedia kala.

“Saya mewakili keluarga dan sahabat Nad dengan rendah diri ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas doa doa tulus kalian. Hanya Allah saja yang mampu membalas doa ikhlas kalian,” katanya.

Semalam, dia berkongsi kadar kebergantungan Nad terhadap mesin oksigen semakin berkurangan.

Ia sekali gus menunjukkan keadaan kesihatan Nad yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Ampang, di sini, sejak 22 November lalu lebih baik dari sebelumnya.

Kecewa, Ungku Ismail enggan ‘update’ keadaan Nad Zainal lagi

Pelakon Ungku Ismail melahirkan rasa kecewa apabila ada segelintir pihak menyifatkan dirinya seolah-olah gelojoh bercerita tentang hubungan cintanya dengan Nad Zainal pada saat wanita itu sedang bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU) sebuah pusat perubatan swasta.

Ungku atau nama sebenarnya, Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz berkata, niatnya cuma satu iaitu untuk menyalurkan informasi tentang keadaan kesihatan terkini Nad, 32, namun lain yang terjadi disebabkan ketidaktanggungjawaban beberapa pihak.

“Kecewa. Bila saya sentiasa ikhlas menyampaikan kemaskini tentang keadaan Nad Zainal, ada pihak cuba rephrase (susun semula) cakap saya seolah saya ini ‘batak’ dan gelojoh tentang perhubungan serta kerja.

Rasa kecewa yang diluahkan oleh pelakon Ungku Ismail menerusi Instastorynya pada saat teman rapatnya, Nad Zainal kini terlantar di hospital disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru.

“Seolah-olah saya mengambil kesempatan daripada keadaan ini (Nad) untuk promosi diri dan kerja saya sehingga ada kenyataan menyentak perasaan, menukil persoalan tentang akal dan kematangan saya,” kata Ungku menerusi satu entri dalam Instastory.

Ujar pelakon drama rantaian Teman Lelaki Upahan itu lagi, ada perkataan-perkataan yang dirinya tak sebut pun diberitakan dalam laporan atau artikel.

“Dijoloknya dengan hal peribadi yang tidak tepat dan ajakan itu menjadi ‘minor’ dan tidak relevan.

“Ini sudah bukan apa yang saya mahu dari pihak media untuk sebarkan berita tentang keadaan Nad. Nyawa dan kesihatan dia yang utama, keduanya emosi dan perasaan ahli keluarga, kawan-kawan dan beberapa pihak lain,” katanya lagi.

Getus anak seni kelahiran Johor Bahru, Johor itu, dia tidak akan lagi memberi apa-apa kenyataan berkenaan keadaan Nad untuk mengelak kejadian sama berulang.

“Ini bukan masanya untuk menjaja apa-apa cerita tentang hubungan dan kerjaya. Ini waktu untuk memberitahu kemaskini tentang kesihatan Nad. Saya yakin itu yang orang nak tahu, bukannya benda merepek dan sensitif tanpa menghormati keperibadian masing-masing.

“Saya sangat menghargai kedatangan media untuk menemuramah, yang prihatin dengan keadaannya. Ada gurau senda saya boleh terima bergurau sekali tapi pasti ada hadnya.

“Mulai hari ini, saya tidak akan memberi apa-apa kenyataan ‘update’ lagi tentang keadaan Nad dan apa sahaja, sila rujuk pada sumber yang lain,” luahnya.

kredit: kosmo