Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

"Alhamdulillah Nad Zainal semakin stabil, nampak petanda positif…🤲“Doktor tak mahu tergesa-gesa sedarkan dia”

SELEPAS tiga hari menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), keadaan terkini pelakon Nad Zainal dilaporkan semakin baik.
Pengarah yang juga merupakan sahabatnya iaitu Shahrulezad Mohameddin memaklumkan Nad menunjukkan perkembangan positif, namun tidak dibenarkan menerima pelawat.
"Baru dapat perkhabaran keadaan Nad semakin baik berbanding semalam. Alhamdulillah dia semakin stabil.

“Cuma tidak boleh diganggu atau menerima pelawat kerana keadaan dia yang masih dalam pemantauan.
"Takut dibimbangi dijangkiti kuman yang lain pula," katanya.
Shahrulezad berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Jumaat.
Berkongsi lebih lanjut, Shahrulezad memberitahu bahawa Nad Zainal masih lagi ditidurkan untuk memastikan paru-parunya benar-benar pulih.
"Dia masih lagi intubated. Pihak doktor tidak mahu tergesa-gesa sedarkan dia kerana nak pastikan keadaan paru-paru dia kuat dahulu sementara doktor memantau dia.
Shahrulezad mewakili keluarga juga meminta orang ramau terus mendoakan pelakon drama Cina Buta itu.
"Pihak keluarga mohon agar doa buat Nad berterusan dan semoga Nad diberi kekuatan dalaman untuk dirinya sendiri.

Keluarga minta terus doakan Nad Zainal.
"Kalau ada apa perkembangan nanti saya akan kongsikan. Jangan lupa kongsikan doa untuk Nanad," ujarnya.
Pada Selasa lalu, Nad Zainal dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Selangor akibat jangkitan kuman dan pendarahan pada paru-paru.