Baru dimaklumkan perkembangan positif, Sekali Ibu Nad Zainal maklumkan ini pula berlaku.

Perkembangan terkini pelakon Nad Zainal yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami jangkitan paru-paru.

Rakan-rakan artis dan juga kenalan tidak putus menitipkan doa kepada pelakon itu susulan dimaklumkan sedang berada dalam keadaan kritikal.

Tunjuk perkembangan positif
Namun begitu, menerusi laporan dari Berita Harian, pemilik nama Farah Nadia Zainal itu menunjukkan perkembangan positif apabila bacaan oksigennya sudah mencapai 100 peratus dan pendarahan di paru-paru turut sudah berhenti.

Beri tindak balas positif kepada ubat

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ungku Ismail dengan memaklumkan khabar baik ini. Ujarnya lagi, Nad telah menunjukkan tindakan balas positif kepada ubat yang diberikan.

“Alhamdulillah, oksigen Nad sudah mencecah bacaan 100. Doktor akan cuba kurangkan kuasa bantuan alat pernafasan berkenaan.

“Satu lagi perkembangan positif, pendarahan pada paru-paru Nad sudah berhenti dan mengering.

“Nad memberikan tindak balas positif kepada ubat diberikan,” katanya.

Akan dirawat oleh doktor buah pinggang pula

KEADAAN kesihatan pelakon Nad Zainal yang kini masih berada di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Selangor dilaporkan mula menunjukkan perkembangan positif.

Perkara itu dikongsikan oleh pengacara Sherry Al Hadad kepada beberapa orang rakan artis yang memuat naik perkongsian terkini di laman Instagram mereka.

“Doktor dah hubungi, hari ini semakin baik. Akan dirawat oleh doktor buah pinggang pula sebab terdapat kesan sedikit terjejas.

Rakan artis sentiasa berkongsi perkembangan Nad.
Rakan artis sentiasa berkongsi perkembangan Nad.

“Bagaimanapun hari ini keadaannya lebih elok berbanding semalam. Mesej daripada emak Nad,” tulis penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah di Instastory.

Pada malam Rabu, rakan artis yang menziarahi aktres berkenaan yang serang bertarung melawan sakit selepas dimasukkan ke hospital sejak Ahad akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Menerusi tembual bersama mStar, salah seorang rakan iaitu Ungku Ismail memberitahu pihak hospital telah menjalankan beberapa rawatan selepas mendapati terdapat pendarahan pada bahagian paru-paru Nad.

“Pada pagi Rabu doktor dapati ada pendarahan baru di bahagian paru-paru dan perlu dikeluarkan. Paras oksigen juga menurun.

Ungku antara rakan yang setia menemani Nad sejak awal masuk hospital.

Ungku antara rakan yang setia menemani Nad sejak awal masuk hospital.

“Tetapi kuatnya Nad ini, apa yang dilakukan doktor tidak memberi kesan kepada organ lain. Denyutan jantung dan tekanan darah masih okey. Doktor jangkakan dia kuat dan boleh lawan sakit ini,” kongsinya.

Berita pelakon drama Cina Buta ini jatuh sakit secara tiba-tiba mendapat perhatian ramai rakan artis dan peminat yang tidak pernah putus berhenti mendoakan agar dia kembali pulih seperti sedia kala.

Sumber : Mstar