-mungkin akan ada kesan sampingan…” – Dktor bakal lakukan ini pada Nad, Ungku Ismail mohon doa orang ramai.

Terbaharu, pelakon Ungku Ismail mendedahkan, aktres Nad Zainal yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat mengalami jangkitan paru-paru berkemungkinan akan menjalani rawatan baharu dimana darahnya akan dicuci oleh doktor. LIHAT VIDEO DIBAWAH SEKALI…

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh sabahat Nad Zainal iaitu Ridhuam Shahabudin di IG storynya, dia berkongsi sebuah rakaman audio milik suara Ungku Ismail yang berkongsi perkembangan terkini aktres tersebut setakat jam 3.48 petang.

“Asalamualaikum, saya nak maklum perkembangan terkini Nad, keadaan dia masih sama seperti pagi, tiada banyak perubahan..oksigen antara 95-100.

“Cuma doktor akan berkemungkinan mulakan prosedur rawatan yang baharu kepada dia dimana darah akan dicuci..macam dialisis tapi bukan dialisis. Sekarang ini mungkin akan ada kesan sampingan jadi akan lebih susah untuk melawatnya pada ketika ini,” jelasnya menerusi sebuah rakaman suara.

Bukan itu sahaja, Ungku turut memaklumkan agak sukar untuk melawat Nad pada ketika ini namun, meminta agar orang ramai terus mendoakan pelakon yang berusia 32 tahun itu supaya kuat dalam menghadapi dugaan ini.

“Jadi, tak jumpa Nad pun tak mengapa, kita boleh doakan dia untuk terus kuat,” katanya lagi.

Sebelum ini, Nad Zainal atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal telah menunjukkan perkembangan positif apabila bacaan oksigennya sudah mencapai 100 peratus dan pendarahan di paru-paru turut sudah berhenti.

Lihat video :

Video Player
00:00
01:00

Sumber: Instagram @rian_shain, OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.