KENA HALAU KELUAR RUMAH SELEPAS IBU MENINGGAL, LUAHAN GADIS INI BUAT ORANG RAMAI BERSIMPATI DENGANNYA

Kisah sedih seorang wanita didakwa diusir keluar dari rumah selepas enam tahun ibu tersayang meninggal dunia tular di m3di4 s0sial.

Dihalau keluar lepas ibu meninggal

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai Ayu di TkT0k, menceritakan mengenai kisah dirinya dan adik beradik yang didakwa dihalau keluar dari rumah selepas enam tahun ibunya meninggal dunia.

Macam mana 6 tahun Ayu jaga adik-adik lepas mak tak ada macam tu Ayu akan jaga mereka macam nyawa Ayu mak. Ayu janji adik-adik tak akan merempat. Macam mana dulu kakak bangun berjuang cari duit untuk sekolahkan adik-adik, macam tu jugak akak akan berjuang bagi kesenangan dekat adik-adik dan keluarga kita.

Lebih pilu, perkara itu terjadi ketika ulang tahun kelahirkan kakaknya yang istimewa. Seperti tahu itulah saat terakhir mereka berada di rumah terbabit, si kakak menangis dan cuba untuk menerima hakikat.

Mak, kami adik-beradik dah tak duduk di rumah tempat kita membesar pada hari kelahiran kakak istimewa ku. Seandainya mak masih ada banyak cerita nak Ayu ceritakan mak.

Dalam banyak adik-adik yang teriak masa keluar, paling sedih tengok kakak istimewa saya ni teriak. Walaupun dia istimewa tapi dia faham sangat yang tu hari terakhir dia tengok rumah tu.

VIDE0

Terkilan dengan saudara sendiri

Bukan itu sahaja, dia turut terkilan dengan sikap individu yang dikatakan tergamak menghalau mereka meskipun mempunyai talian persaudaraan.

Saat ni saya ingat saya ada saudara tapi rupanya saya silap. Saya mengharap ada yang bela dan tengok keadaan kami, malangnya tak ada seorang pun. Semua orang nak tengok saya jatuh. Orang ingat saya kaya, baru setahun berniaga tak akan boleh jadi jutawan.

Saya tak sedih pasal rumah, saya sedih dengan sikap manusia sebab dia bukannya orang luar dengan kami tapi MasyaAllah. Sekarang ni saya rasa lapang sangat bila tahu perangai-perangai orang yang rapat rupanya sebegini.

Difahamkan, Ayu sudah mendirikan rumah tangga tetapi kini dia memberi tumpuan untuk membina kehidupan bersama adik-beradiknya. Dia juga menolak untuk menerima bantuan daripada UstazEbitLew memandangkan di masih mempunyai kudrat untuk bekerja.

Sumber:mashidayu0

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.