Alami Kecederaan Dipaksa Buat ‘Stunt’, Wafariena Terkilan Pengarah Lepas Tangan...
Alami Kecederaan Dipaksa Buat ‘Stunt’, Wafariena Terkilan Pengarah Lepas Tangan
Pelakon Wafariena Roslan dimasukkan ke sebuah hospital perubatan di Rawang, Selangor selepas mengalami kecederaan akibat melakukan babak aksi penggambaran telemovie berjudul Mata Tak Berhijab.
Memetik mStar Online, Wafariena berkata badannya mula berasa sakit selepas diminta melakukan babak aksi sekitar jam 3 pagi di sebuah kawasan hutan terletak di Lenggong, Perak.
Dalam pada itu, Wafariena turut meluahkan rasa terkilan apabila pengarah drama tersebut seolah bersikap lepas tangan dan tidak langsung bertanya khabar mengenai dirinya.
“Selepas kejadian itu, pengarah langsung tidak bertanya sata okay atau tidak. Dia seolah-olah lepas tangan. Itu yang membuatkan saya rasa terkilan.
“Saya terpaksa dipapah ketika kejadian kerana tidak boleh bergerak. Punca jadi begini pun disebabkan dia yang paksa saya melakukan aksi stunt sendiri,” katanya.
Sementara itu, Wafariena berkata kini sedang menunggu keputusan pemeriksaan lanjut pihak hospital sebelum menerima rawatan lanjut.