Bagi peminat atau pengumpul duit lama, Syiling 1 SEN pada tahun 1970 dan 1976 adalah paling istimewa buat mereka. 1 SEN walaupun nilai mukanya nampak sangat kecil tetapi ia mempunyai harga beribu-ribu kali ganda daripada nilai dimukanya di pasaran numismatik. Lantaran itu, syiling 1 sen adalah di antara duit syiling yang pada kebiasaannya akan menarik minat mana-mana pengumpul duit lama selepas duit syiling 50 sen.
1 SEN 1970
Kenapa duit syiling 1 SEN 1970 sangat istimewa?

Kerana ianya ditempa di Hamburg Mint German sebanyak 2,535,000 keping. Syiling copper ini di antara duit syiling key date Malaysia dan ramai yang memburunya. Syiling ini pada gred kondisi Brilliant Uncirculated (BU) boleh mencecah sehingga RM1,000 sekeping kerana kesukaran untuk mendapatkan syiling ini pada kondisi tersebut. Harga ini akan terus meningkat dengan mendadak dan tidak mustahil nilai logam syiling 1 sen 1970 ini sama atau lebih dari nilai emas tulin suatu hari nanti.

Pemburuan syiling 1 sen 1970 ini menjadi semakin sukar sejak Bank Negara Malaysia (BNM) menarik semula syiling 1 sen dari edaran dan tidak lagi mengeluarkan syiling 1 sen dalam siri ke3. Bagi pengumpul yang idamkan syiling 1 sen ini terpaksa mengatur langkah panjang apatah lagi untuk mencari syiling 1 sen siri pertama atau Parlimen

Mengikut pendapat pakar2 numismatik Malaysia, terdapat juga syling 1 sen 1970 yang diperbuat dari copper clad steel selain dari logam copper yang menjadi logam biasa syiling ini.

1 SEN 1970 (Copper Clad Steel)
Duit syiling 1 sen 1970 Copper Clad Steel, Wrong Metal Errors untuk duit syiling ini yang pernah diceritakan oleh pakar, Dickson Niew. Menurut beliau, setakat ini hanya ada 4 keping sahaja duit syiling ini yang ditemui disalah cetak menggunakan copper clad steel. Dua keping di Malaysia (sekeping UNC, sekeping GVF), sekeping di Singapura dengan gred MS63RB (NGC) Pattern Steel Clad dan sekeping lagi ditemui diluar negara yang tidak dinyatakan negaranya.

1 sen 1970 Copper Clad Steel.jpg
Pemburuan syiling ini hanya memerlukan magnet kerana perbezaan utama antara syiling copper dan copper clad steel ialah syiling copper tidak lekat magnet dan sebaliknya pada syiling copper clad steel, keadaan ini terbalik pada syiling keramat 1 sen 1976 copper yg sedang menjadi fokus pengumpul kini kerana syiling 1976 biasa adalah copper clad steel manakala syiling bertuah adalah dari bahan copper.

Berapakah harganya?

Very Fine=RM800
Extremely Fine=RM1500
Uncirculated=RM4500
Briiliant Uncirculated=RM5500

Rasanya untuk tahun ini harganya sudah meningkat kerana tidak ada lagi sesiapa yang mengaku telah menemui syiling itu untuk tahun ini.

1 SEN 1976
Duit Syiling tahun 1976 ini juga ada 2 jenis,diperbuat daripada Bronze dan Copper Clad Steel. Syiling 1 sen 1976 Bronze hanya ada 100 keping sahaja di dunia ini. Bagi jenis bronze, ia dinilaikan dengan harga RM7,000 (2014) dan akan terus meningkat. Jenis Copper Clad Steel pula pada harga RM1,800 (nilai tahun 2013), juga terus meningkat pada tahun ini.