Wanita Cina Pertama Terima Anugerah Maulidur Rasul, Rupanya Ini Yang Dia Lakukan Selama 22 Tahun....
Wanita Cina Pertama Terima Anugerah Maulidur Rasul, Rupanya Ini Yang Dia Lakukan Selama 22 Tahun
Kemurnian wanita warga emas yang juga pesara guru tadika, Chee Hoi Lan, 83, atau dikenali Laoshi yang menjaga sejak kecil Rohana Abdullah beragama Islam membuatkan dirinya dipilih penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M, bagi kategori Ikon Ibu Sejati-Keluarga Malaysia.Harian Metro sebelum dalam laporan bersiri menyiarkan kisah wanita Cina, Hoi Lan menunjukkan kemurnian hati dan kasih sayang yang tinggi selepas memelihara Rohana Rohana Abdullah, 22, sejak berusia dua bulan lagi.
Biar berbeza budaya dan agama, itu tidak menjadi penghalang untuknya menumpahkan kasih sayang kepada remaja itu termasuk menyediakan wang belanja untuk mengikuti Kelas Asas Fardu Ain (Kafa).Sementara itu, selebriti, Syazrina Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina dipilih antara penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M, bagi kategori Ikon Aktivis Kemanusiaan.
Hanya linangan air mata mengiringi Rohana Abdullah, 22, ketika menerima surat keputusan permohonan kewarganegaraan yang diserahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, di sini, hari ini.Kisah Rohana dan seorang wanita Cina, Chee Hoi Lan, 83, disiarkan secara eksklusif akhbar Harian Metro pada 14 Januari lalu dan mendapat reaksi pelbagai pihak kerana wanita warga emas itu sanggup menjaganya seperti anak sendiri sejak berusia dua bulan lagi, walaupun berbeza agama.
Bagaimanapun, ketiadaan kad pengenalan dan dokumen pengenalan diri menyebabkan kehidupan Rohana agak sukar sehingga dia terpaksa berhenti sekolah.Namun, sejak kisah mereka disiarkan, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang cakna dengan kesukaran gadis itu berjanji mendapatkan taraf kewarganegaraan dan kad pengenalan.Usaha itu direalisasikan hari ini apabila Hamzah sendiri menyerahkan surat berkenaan kepadanya.
Bagaimanapun, usaha wartawan untuk menemui Rohana gagal berikutan dia dan ibu angkatnya, dibawa pergi oleh seorang wanita ketika majlis sedang berlangsung.Sementara itu, Hamzah berkata, Rohana terharu dan berterima kasih kepada kerajaan serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana meluluskan permohonannya.