Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

"Saya Nak Keharmonian Perkahwinan Dgan kedua-dua isteri...",-


Ini Arahan Syamsul Yusof Kepada Peguamnya Tentang Isu Puteri Sarah Dan Ira Kazar

Pengarah Syamsul Yusof memfailkan permohonan di mahk4mah di sini, untuk mencelah dalam petisyen perintah injunksi antara isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana, 38, dan isteri keduanya, Faghira Fatini atau Ira Kazar, 27.

Permohonan difailkan melalui peguam Azahir Nasir dari Tetuan Azahir Surianie & Azizan Ariff yang mewakili pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahl4wan itu pada 21 Februari lalu.

Dalam afidavit sokongan itu Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Shamsul Md Yusof, 39, mend4kwa dinasihatkan peguamnya supaya mencelah dan dijadikan defendan di dalam kes tuntutan yang dikemukakan oleh Puteri Sarah kepada Ira Kazar.

Menurutnya, tuntutan Puteri Sarah ke atas Ira itu adalah berkaitan dengan dirinya dan jika tuntutan itu dibenarkan akan memberi kesan kepada perkahwinannya dan hubungan dengan keluarga Ira.

Menerusi afidavit sama, Syamsul mendakwa perintah injunksi itu tidak boleh menghalang hubungan perkahwinannya dengan Ira Kazar.

Dalam masa sama, Syamsul mendakwa permohonan itu perlu difailkan kerana keterangannya boleh memberi pencerahan kepada mahkamah bagi menghalang perintah injunksi itu daripada dikuatkuasakan.

Ia berikutan dia dan Ira sudah berkahwin serta menjaga keharmonian perkahwinannya dengan kedua-dua isterinya.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan, Ira Kazar bersama-sama bapa dan kakaknya perlu menjawab kepada Mahk4mah Sesyen berhubung tindakan mengingkari perintah injuksi yang dikeluarkan terhadap mereka pada Julai tahun lalu.

Ia susulan keputusan mahkamah yang membenarkan permohonan Puteri Sarah untuk memulakan prosiding menghina mahk4mah terhadap Ira, kakaknya, Yasmin dan bapanya, Kazaruddin Saisi.

Perintah injuksi diperoleh Puteri Sarah pada 4 Julai tahun lalu antara lainnya menghalang Ira atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengannya daripada menjejaskan ketenteraman dan kedamaian Puteri Sarah dan keluarganya serta keluarga mentuanya termasuk suaminya.

Ira juga dihalang daripada mendekati atau berada dalam jarak 500 meter daripada Puteri Sarah, keluarganya dan keluarga mentuanya, suaminya atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengannya (Puteri Sarah).

Sumber : HMETRO ONLINE