Ira Kazar Menang Kes mahkamah? Tak sangka Datuk Dr Naim jelas kenapa kekalahan Puteri Sarah itu boleh berlaku..

“Sampai bila nak dipijak-pijak?”- Empat tahun berdiam diri, Puteri Sarah nekad saman Ira Kazar
Pelakon cantik, Puteri Sarah Liyana memberitahu dirinya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap orang ketiga yang telah menganggu rumah tangganya selama ini.

Menurut siaran langsung Harian Metro, selebriti berusia 36 tahun nekad untuk meneruskan saman terhadap pihak ketiga seperti yang dimaklumkannya sebelum pergi menunaikan umrah bulan lalu.

Pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu mengatakan tindakan saman ini adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut rumah tangganya setelah empat tahun memendam perasaan.

Empat tahun saya berdiam diri untum bagi dia peluang. Kalau boleh saya tak nak selesaikan masalah ini di mahkamah dan biarkan satu Malaysia tahu.

“Tapi, apabila sudah sampai ke tahap ini, dia sudah biadap,”kata Puteri Sarah ketika ditemui di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shah Alam pagi tadi.

Jelas Sarah lagi, dia tidak akan bertindak sedemikian sekiranya pihak ketiga tidak mencabar dirinya.

“Benda ini takkan jadi kalau pihak ketiga itu tidak mencabar saya.

“Dia kata bila nak saman, suruh peguam kau buat kerja cepat sikit. Jadinya, kami failkan dua saman.”kata Sarah.

Pada masa yang sama, isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof itu memaklumkan selama ini dia turut mempunyai niat untuk mengambil tindakan (saman) sekiranya pihak ketiga mencabar.

Tetapi, apabila memikirkan mengenai beberapa perkara iaitu keluarga dan perkahwinan pada masa itu dia terus membantutkan niatnya.

“Masa itu, saya masih fikir apa akan jadi pada saya, keluarga dan perkahwinan kami. Masa itu, saya mungkin tidak matang juga dan tidak nampak hala tuju.

“Selepas buat solat istikarah dan balik daripada umrah, baru saya nampak jalan. Kali ini, memang saya buat untuk diri sendiri dan keluarga. Sampai bila nak dipijak-pijak?”luahnya.

Lega dengan keputusan membawa kes ini ke mahkamah, ibu kepada dua orang cahaya mata ini berharap agar dengan tindakan yang dilakukan olehnya ini dapat membuka mata para isteri di luar sana sekiranya mereka mengalami nasib yang sama dengannya.

“Untuk wanita yang mempunyai masalah seperti saya, saya dah buka jalan untuk korang.

“Lepas ini, sesiapa nak ambil orang punya, boleh fikir-fikirkan dahulu. Saya nak pesan juga, dah ambil orang punya duduk diam-diam. Jangan kacau orang,”tegasnya.

Dikesempatan itu, Umi Kartini (peguam yang mewakili Sarah) memberitahu pihak ketiga diminta untuk berhenti menganggu anak guamnya di media sosial selain perintah dan permohonan tersebut telah dihantar pada 28 Jun lalu dan diterima oleh defendan.

“Dia (Ira) diperintahkan untuk hadir ke mahkamah seksyen pada empat Julai depan,” jelasnya

Terdahulu, tular di media sosial yang mengatakan Syamsul Yusof itu sudah bertunang dengan Ira Kazar. Bagaimanapun, spekulasi itu dinafikan oleh Syamsul.

Sumber : Oh My Media

Article sebelumnya,

KUALA LUMPUR: Kekurangan bukti dan keterangan kukuh menyukarkan kes gangguan rumah tangga berpunca daripada orang ketiga didakwa di Mahkamah Syariah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai’im Mokhtar, berkata atas sebab itu, jarang kes sedemikian diteruskan dengan pendakwaan di Mahkamah Syariah walaupun terdapat peruntukan undang-undang berhubung kesalahan sedemikian.

Beliau berkata, kesalahan itu tertakluk sama ada mengikut Seksyen 36, 37 dan 38, Akta 559 atau Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

“Dalam mana-mana pertuduhan jenayah, terdapat beberapa elemen yang perlu dibuktikan oleh pendakwa.

DISYORKAN UNTUK ANDA
Mudah poligami di Kelantan
Pendakwah bebas didakwa 9 pertuduhan rogol, amang seksual
Cabaran Menteri Agama perkasa Mahkamah Syariah, Tabung Haji
Ahli perniagaan gagal mulakan prosiding hina mahkamah terhadap Menteri Hal Ehwal Agama

“Isu yang timbul dalam kes mengikut Seksyen 36, 37 dan 38 ini adalah berkaitan dengan pembuktian dan kecukupan keterangan untuk pensabitan seperti perbuatan atau percakapan menghalang pasangan daripada hidup bersama atau perbuatan atau percakapan yang menghasut atau memaksa atau memujuk,” katanya kepada BH.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rungutan golongan isteri yang menuntut keadilan bagi kes konflik rumah tangga berpunca daripada ‘orang ketiga’.

Isu ini turut mendapat perhatian ramai selepas pelakon, Puteri Sarah sebelum ini memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) terhadap Ira Kazar yang didakwa mengganggu rumah tangganya bersama pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof selama empat tahun.

Ira yang baru-baru ini sah menjadi isteri kedua Syamsul disiasat mengikut Seksyen 38, Akta 559 bagi kesalahan menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan.

Jika sabit kesalahan, boleh didenda RM5,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Justeru, Mohd Na’im berkata, dalam sesuatu pendakwaan, pembuktian yang kuat diperlukan bagi menyokong kes untuk didakwa.

Beliau berkata, ini termasuk pembuktian dari segi dokumentasi seperti perbualan chat, e-mel, surat mahupun saksi yang mendengar.

“Atas sebab isu pembuktian inilah kita jarang mendengar ‘orang ketiga’ ini didakwa di Mahkamah Syariah walaupun ia (kesalahan ini) diperuntukkan dalam undang-undang,” katanya.

Mohd Na’im yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah, berkata mana-mana individu sama ada isteri, suami atau orang lain yang mengesyaki wujudnya kesalahan seperti Seksyen 36, 37 dan 38 boleh memulakan tindakan dengan membuat laporan atau aduan rasmi kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam.

Katanya, tindakan ini membolehkan orang ketiga ini disiasat dan seterusnya didakwa oleh Pendakwa Syarie di hadapan Mahkamah Syariah.

“Siasatan yang sudah dilengkapkan Bahagian Penguatkuasaan akan dihantar ke Jabatan Pendakwaan Syariah untuk dibuat keputusan sama ada boleh diteruskan pendakwaan atau pertuduhan di Mahkamah Syariah atau perlu dibuat siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, peruntukan menerusi Seksyen 36, Akta 559 merujuk kepada kesalahan memujuk lari atau meninggalkan kediaman bagi perempuan bersuami, manakala Seksyen 37 iaitu menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri.

Seksyen 38 pula perbuatan orang ketiga yang bertindak menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan mereka.

“Perbuatan ‘orang ketiga’ akan menjadi kesalahan jika tindakan mereka membawa kepada pergolakan atau konflik kepada pasangan atau rumah tangga.

“Selain itu, mereka yang bertindak dengan perbuatan menghasut, mempengaruhi antara seorang perempuan dan seorang lelaki supaya berlaku ketidakharmonian dalam rumahtangga yang menyebabkan pertelingkahan dan perceraian,'” katanya.

Sementara itu, Mohd Na’im turut menyentuh isu poligami dan menasihatkan golongan suami mematuhi undang-undang ditetapkan.

Beliau berkata, suami yang hendak berpoligami perlu memohon kebenaran daripada Mahkamah Syariah di tempat individu itu menetap.

“Kegagalan mematuhi peraturan ini satu kesalahan yang boleh didakwa di Mahkamah Syariah mengikut Seksyen 124 Akta Undang-Undang Keluarga Islam dan boleh didenda dan penjara.

“Perkahwinan poligami sama juga dengan perkahwinan pertama yang perlu dibuat dengan mematuhi adab dan adat, dihebahkan, tidak dirahsiakan dan paling penting mematuhi undang-undang ditetapkan pihak berkuasa,” katanya.

Mohd Na’im berkata, undang-undang berkaitan poligami digubal khusus bagi menjaga kepentingan semua pihak dalam institusi perkahwinan terutama isteri dan anak-anak.

Justeru, katanya, adalah perlu untuk semua perkahwinan yang pertama atau poligami mengikut proses perkahwinan yang ditetapkan dan perlu didaftarkan mengikut undang-undang di negara ini.

Berita harian & yt kokoci tv