"“Kalau aku mak bapa budak ni, serius aku cari coach ni..😡",- Viral VIDEO seorang jurulatih sebuah pasukan bola tampar yang melempang dua pemainnya, tular di laman media sosial.
Jurulatih Bola Tampar Selamber Lempang 2 Pemain Sekolah Perempuan. Menteri Hannah Yeoh Terus Berita Menteri Pendidikan Menteri Pendidikan Utk Buat Ini
VIDEO seorang jurulatih sebuah pasukan bola tampar yang melempang dua pemainnya, tular di laman media sosial.
Menerusi rakaman yang disiarkan secara penstriman langsung di Facebook itu, jurulatih pasukan Melaka dilihat menampar dua pemainnya kerana menyebabkan pasukan berkenaan kehilangan mata sebelum tempoh rehat permainan.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku ketika Kejohanan Bola Tampar Remaja B14 Malaysia 2022 di sebuah sekolah di Johor pada 16 Disember lalu, iaitu perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat bagi kategori perempuan.
Ia membabitkan pasukan Melaka menentang Johor.
Kedua-dua pemain tersebut hanya mempamerkan muka bersahaja selepas ditampar manakala seorang rakan sepasukan menepuk bahu sebagai tanda memberi sokongan.
Video tersebut turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan berjanji akan menyiasat insiden berkenaan.
“This is wrong. Spoken to @FadhlinaSiddiq and we are both getting more information on this incident. (Ini (tindakan) salah. Sudah bercakap kepada @FadhlinaSiddiq (Menteri Pendidikan) dan kami sama-sama mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian ini,” tulisnya menerusi ciapan di Twitter.
Sementara itu, rata-rata netizen menyifatkan tindakan jurulatih tersebut sebagai melampau kerana menggunakan pendekatan ‘kekasaran fizikal’ untuk mendidik anak buah.
Rata-rata netizen mengecam tindakan jurulatih berkenaan.
“Kalau aku mak bapa budak ni, serius aku cari coach ni. Memang makan penampar. Agak-agaklah! Budak perempuan kot, nak hukum tak dengar arahan banyak lagi caranya.
“Yang mana setuju dengan cara coach tu memang tak masuk akal. Niat tak menghalalkan cara.
“Jurulatih atau juru tampar orang? Dengan perempuan bolehlah tampar. Jurulatih ini perlu digantung lesennya dan tak boleh terlibat dengan apa jua sukan.
“Itu anak perempuan orang, bawah umur… Ini bukan ragbi universiti,” demikian antara komen netizen.
VIDEO:
Sumber : MSTAR ONLINE