Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“Ustaz tak prnah kena rdok kan..” Ini masalah wanita, lelaki tak pernah beranak


“Ustaz tak prnah kena rdok kan..” Ini masalah wanita, lelaki tak pernah beranak

PENJELASAN pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus tentang hukum doktor lelaki menyambut kelahiran bayi nampaknya tidak terhenti begitu saja.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Ini kerana hujah berkaitan isu darurat dalam soal perubatan tidak diterima pendakwah bebas dikenali sebagai Ustazah Siti Afifah, iaitu individu yang melabel para suami dayus kerana membiarkan isteri mereka bersalin dengan doktor lelaki.

Malah Siti Afifah menyelar Ustaz Azhar Idrus kerana tidak memahami isu yang dibangkitkan kerana tidak pernah merasai pengalaman mengandung dan bersalin.

               

“Mana jiwa kamu sebagai seorang ustaz dan ulama, benda ini adalah maruah seorang wanita.

“Jangan nak mudahkan hukum terus kata ni halal atau haram. Maruah wanita ni.

“Pergi ke ahli Fiqh, mereka akan kata halal, haram, harus. Macam itulah,” katanya dalam nada sinis.

Menerusi video sama Siti Afifah seterusnya memberikan tekanan kepada Ustaz Azhar Idrus untuk berbuat sesuatu tentang isu aurat wanita bersalin.

“Jadi di sini ustazah nak tanya, apa usaha ustaz sebagai ulama dalam mempertahankan maruah wanita yang suaminya di luar kemampuan?

“Apa usaha ustaz yang mempunyai pengikut yang ramai, yang mempunyai pengaruh yang besar?

“Kami wanita tidak reda dijadikan bahan uji kaji,” tegas Siti Afifah.

Tegas Siti Afifah lagi, dia yang mewakili kaum wanita juga tidak sanggup dijadikan bahan uji kaji serta ‘modal’ pembelajaran doktor pelatih.

“Ustaz tahu tak sakit kena rodok dekat bawah tu macam mana?

“Ustaz tahu tak cara mereka (doktor lelaki) rodok itu macam mana? Ustaz tahu tak tangan lelaki ini macam mana?

“Belum lagi kalau tangan bukan Muslim yang masuk. Bukan seorang dua yang masukkan tangan tetapi ramai,” demikian dakwa Siti Afifah.

Tonton Video : SILA KLIK DISINI

Sumber Mstar