Bagi Alasan Penat Ambil Jubah Konvo, Dari Gombak. Tapi Lokasi Mereka Kant0i Berkhalwat Memang Tak Logik

Seorang graduan antara enam pasangan yang ditahan ketika serbuan dilakukan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di Ujong Pasir, jam 1 pagi tadi.

Memetik laporan Kosmo!, graduan muda itu memberi alasan bermalam di sebuah hotel butik kerana ingin berehat selepas penat dengan urusan pengambilan jubah untuk majlis konvokesyen yang dijadual pada Selasa.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat yang ditemui selepas tamat operasi kira-kira 4 pagi berkata, ketika pemeriksaan dibuat, pintu dibuka oleh seorang wanita dan dia mendakwa menginap di situ bersama rakan perempuan.

Selepas bilik diperiksa, penguatkuasa menemui seorang lelaki memakai seluar pendek bersembunyi di bawah selimut.

Hasil soal siasat pasangan itu adalah kekasih. Pasangan muda itu ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen pernikahan.

Hasil siasatan juga mendapati wanita itu ke Melaka dari Gombak semata-mata untuk berjumpa kekasihnya itu. Alahai gigihnya dik!

Kredit: Kosmo!