‘Ini Lah Muka Manusia Yang Meramp4s Kebahagiaan Anak Aku’ Wanita Ditalak Suami Cvrang dgn wanita 40thun

Isu kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga pasangan suami isteri hangat diperkatakan ketika ini. Malah, perkara berkenaan secara tidak langsung membuatkan hubungan suami dan isteri menjadi retak.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Chiysyilla Jaafar di Facebook, seorang isteri mendedahkan wajah wanita yang menjadi perampas rumah tangganya.

Ujar si isteri, bekas suaminya tergamak melafazkan cerai dengan talak tiga ketika anak-anaknya masih kecil dan mendakwa semuanya berpunca daripada lelaki berkenaan curang dengan si perampas ketika di tempat kerja.

Ni lah muka manusia yang merampas kebahagiaan anak-anak aku yang masih kecil. Aku diceraikan talak 3 sebab dia.

Hati isteri mana yang tidak akan rasa remuk apabila hubungan terlarang itu dirahsiakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi. Rupanya isteri orang.

Lebih mengejutkan lagi apabila wanita berkenaan masih berstatus isteri orang dan umurnya dalam lingkungan 40-an.

Video

Video Player
00:00
00:26

Dua tahun dia bercinta dengan suami aku dan satu kilang dengan suami aku, Memang aku rasa teraniaya. Dia curang dalam diam dua tahun dari PKP aku tak tahu.

Dia isteri orang tapi memang tak cukup aku rasa. Umur 40-an. Bukan itu sahaja, wanita terbabit turut mengatakan lelaki berkenaan ingin ceraikan bekas isterinya. Dia yang tinggalkan kau kenapa nak salahkan aku. Muka kau cantik sangat ke? Suami kau tinggalkan kau jugak.

Malah, bekas suaminya nekad untuk berkahwin dengan si perampas meskipun wanita itu masih berstatus isteri orang. Aku dah suka dia. Aku nak kahwin dengan dia. Sekarang penyondol boleh kena saman.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi cadangan supaya Chiysyilla menyaman perampas kebahagiaan rumah tangganya itu.