“Khaleda nak jdi kakak…” – Netizen perasan perubahan pada isteri, sekali Fizo Omar buka cerita.

Tindakan pelakon dan usahawan, Fizo Omar memuat naik sebuah video di laman Instagram mencuri tumpuan ramai sehingga segelintir pengikut mendakwa isterinya Fazeera Nazri sedang berbadan dua.

Menerusi video tersebut, Fizo dan isteri bersama anak sulung mereka Wan Khaleeda sedang menjayakan ‘photoshoot’ papan iklan gergasi bagi sebuah produk penjagaan kesihatan bayi.

Video di sebalik tabir

“Memula agak nervous sebab nak photoshoot dengan baby. Alhamdulillah, baby Khaleeda bagi kerjasama dengan baik.

“Korang tengok la santaii je. Layannn je baby Khaleeda ni. Korang rasa photoshoot untuk brand apa ni?,” tulis pelakon berusia 37 tahun itu pada Khamis.

Bagaimanapun, segelintir netizen lebih tertumpu kepada bentuk badan isterinya terutama pada bahagian perut yang didakwa kelihatan seperti bentuk ‘baby bump‘.

Justeru menerusi ruangan komen, rata-rata dilihat umpang gembira selain ada yang mengucapkan tahniah selepas mendakwa Fazeera hamil cahaya mata kedua.

Nampak macam ‘baby bump’?

Khaleeda nak jadi kakak?

Tahniah!

Namun begitu, salah satu komen tersebut mendapat reaksi Fizo dengan menyatakan bahawa bentuk ‘baby bump’ itu hanyalah kelihatan seperti dipenuhi isi makanan.

Macam isi makanan je tu – Fizo

Untuk rekod, Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021 dan dikurniakan puteri sulung tersebut pada 25 Jun tahun lalu.

Menerusi perkahwinan terdahulu bersama usahawan Mawar Karim, Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar mempunyai seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia enam tahun.

Sumber: Instagram Fizo Omar, OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.