“Saya tak sedap hati masa tu..” Bapa mimpi anak, menantu pakai baju hitam putih sebelum kemalangan
“Saya tak sedap hati masa tu..” Bapa mimpi anak, menantu pakai baju hitam putih sebelum kemalangan
ALOR GAJAH – Sepasang suami isteri dan bayi mereka berusia setahun maut dalam kemalangan di Kilometer 216 Lebuh Raya Utara – Selatan (arah utara) di sini, tadi.
RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa yang masing-masing berusia 28 tahun dan bayi meninggal dunia di lokasi.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP) Muhamad Ezanee Hamat berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 11.02 pagi.
“Tiga beranak itu telah disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu turut ke lokasi kejadian dan siasatan lanjut siasatan sedang dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kesemua mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat.
Dalam pada itu, nahas tersebut turut menyebabkan kesesakan trafik lebih lima kilometer.
ALOR GAJAH – Bapa kepada mangsa kemalangan maut, Zubaidah Abd. Rajak memberitahu dia seolah-olah mendapat ‘petanda’ pemergian anak dan menantunya apabila bermimpi pasangan itu memakai baju bewarna hitam dan hitam dua minggu lalu.
Zubaidah dan suami Muhammad Nazirul Syafiq Azmi, 28, serta anak mereka, Muhammad Rizqi Muhammad Nazrul Syafiq, setahun dilaporkan maut selepas kereta Honda Jazz dinaiki mereka sekeluarga merempuh sebuah lori di Kilometer 216 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) di sini, pagi tadi.
Menurut bapa Zubaidah, Abdul Rajak Sakiman, 66, dia bagaimanapun tidak menceritakan mimpi itu kepada ahli keluarganya kerana hanya menganggapnya sebagai ‘mainan’ tidur.
“Baru hari ini saya tahu kenapa saya mimpi anak dan menantu pakai baju hitam putih, rupanya ia seperti satu petanda mereka akan pergi meninggalkan keluarga buat selama-lamanya.
“Saya tidak sangka mereka terlibat dalam nahas kerana sepatutnya kami sekeluarga berkelah beramai-ramai di Port Dickson pada tengah hari tadi (semalam),” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Alor Gajah, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut dia berkata, aktiviti perkelahan itu telah dirancang secara mengejut oleh mangsa dan adik-beradiknya pada malam tadi.
“Tiba-tiba malam tadi dia dengan adik-beradiknya yang lain rancang nak bercuti di Port Dickson, jadi pagi tadi dua buah kereta termasuk saya telah bertolak dari Muar, manakala dua lagi iaitu kereta Zubaidah dan kakaknya dari Johor Bahru, Johor.
“Kakaknya sempat berjumpa dengan Zubaidah sekeluarga di Plaza Tol Skudai dan dakwanya dia melihat ‘air’ muka adiknya itu lain, namun kemudian mereka masing-masing meneruskan perjalanan.
“Sehinggalah pukul 1 petang tadi, kami mula berasa tidak sedap hati kerana Zubaidah tidak sampai dan tidak lama selepas itu saya dapat panggilan daripada nombor tidak dikenali memaklumkan anak saya terlibat nahas,” katanya.
Ujarnya lagi, dia bagaimanpun tidak menyangka dia kehilangan anak, menantu dan cucu sekali gus dalam nahas tersebut.
“Apa-apa pun saya reda, ini dah kententuan. Sampai sahaja di unit forensik ini, saya terus tanya keadaan cucu, tak sangka semua pergi serentak,” katanya
Sumber Kosmo