“Saya rasa ramai yang cemburu perjalanan hidup saya.. ” – Akhirnya Neelofa dedah apa yang berlaku selepas berkahwin…
“Saya rasa ramai yang cemburu perjalanan hidup saya.. ” – Akhirnya Neelofa dedah apa yang berlaku selepas berkahwin…
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor berkata, kehadiran suami, Haris Ismail telah melengkapkan segala kekurangan dalam dirinya selama ini. Dan, asing-masing mempunyai peranan untuk saling melengkapi kelemahan hidup berpasangan.“Saya bukan seorang yang semua perkara boleh buat dengan baik. Macam dengan suami pun, kalau ada perkara yang tak sefahaman itu normal. Jadi, kita cuba perbaiki semula.
“Kita kena ada perasaan sebegitu tapi kalau kita sendiri yang macam nak kebahagiaan seorang sahaja, sampai kesudah tak ada titik pertemuan di tengah-tengah,”ujar selebriti berusia 33 tahun itu.Dia akan tegur bila dah tak ada orang. Manisnya di situ. Dia juga tak jemu menegur, kalau saya memang dah penat nak buat macam itu. Benda yang sama dia boleh tegur berpuluh-puluh kali. Jadi, saya pun lebih peka selepas ini,”katanya lagi.
Saya tak rasa hidup saya terlalu sempurna sebab mesti ada kekurangan di mana-mana. Tapi, jika nak bandingkan dulu dan sekarang, saya rasa lebih tenang, hati saya macam penuh sebab ada anak dan suami yang boleh teman. Walaupun tak terlalu rancak tapi saya rasa dapat rezeki yang cukup,”luah Neelofa.Selain itu, Neelofa meluahkan kesyukuran kerana diberikan perjalanan kehidupan yang sembang.
Baik dari segi kehidupan peribadi mahupun kerjaya sehingga membuatkan ramai cemburu dengan perjalanan hidupnya.“Saya rasa ramai yang cemburu perjalanan hidup saya. Banyak orang yang mungkin terlalu awal kahwin atau lewat dapat anak. Saya rasa syukur, alhamdulillah, Allah bagi perjalanan hidup saya yang agak seimbang.“Sekarang ni dah banyak masa di rumah, saya rasa berpuas hati dengan apa yang saya buat dulu.
Kalau dulu saya berikan sepenuhnya dan buat sikit-sikit saja mesti sekarang saya masih nak lagi. Saya tak rasa terlambat pun dengan apa yang saya dapat sekarang. Kawan saya yang dah kahwin empat tahun lepas dan dah ada anak saya rasa macam boleh ikut jejak dia.OMM