Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Linda Onn Beritahu Ada Keluarga Dtg Makan Nasi Ayam Tapi Tak Bayar....😵


Linda Onn Beritahu Ada Keluarga Dtg Makan Nasi Ayam Tapi Tak Bayar. Linda Beritahu Jika Lupa Dia Boleh Halalkan, Sekali Ada Seorang Wanita Ini Datang Restoren


PENYAMPAI radio Linda Onn terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM103.18 apabila pelanggan yang menikmati hidangan di restoran miliknya, My Mom Chicken Rice cawangan Ampang tidak membuat pembayaran pada Sabtu lalu.

Linda atau Rozlindah Onn berkata, dia tidak menyedari pelanggan berkenaan tidak membuat pembayaran kerana kejadian berlaku ketika restoran berkenaan dipenuhi pelanggan.

Ketika dihubungi mStar, Linda menjelaskan perkara seumpama itu bukan pertama kali sebaliknya sudah berdepan dengan pelbagai ragam pelanggan sepanjang menjalankan restoran makanan.

“Sebenarnya memang pernah berlaku, seperti pelanggan datang, kemudian tidak bayar.

“Tetapi ada juga yang tidak bayar kemudian mereka datang balik kerana mereka memang terlupa,” katanya.

Bercakap mengenai insiden itu, Linda berkata, dia menyedari hal itu selepas sistem tidak merekodkan pelanggan tersebut sudah menjelaskan bayaran.

“Nak dijadikan cerita, sistem kami nak masukkan bil meja tersebut, tetapi catatan merekodkan pelanggan masih ada, maksudnya pembayaran belum dibuat.

“Apabila staf saya melihat meja berkenaan, ternyata ia sudah kosong dan tiada pelanggan,” jelasnya.

Linda berkata, dia kemudiannya bertindak memeriksa rakaman litar tertutup (CCTV) dan melihat sebuah keluarga bersahaja meninggalkan meja tersebut.

“Ketika kami lihat pada rakaman CCTV, memang seluruh keluarga di meja itu satu persatu meninggalkan meja.

“Saya pun saja je nak muat naik di instagram, andai kata mereka terlupa mungkin akan berpatah balik dan buat pembayaran.

“Tetapi kalau mereka betul-betul terlupa dan tidak ingat, tidak mengapalah saya halalkan,” katanya.

linda1

Linda turut berkongsi terdapat rakan-rakan yang menasihatinya untuk menukar servis bayar dahulu sebelum pelanggan menikmati hidangan.

Namun, personaliti ini berkata dia sudah memperkenalkan sistem bayaran itu sedekad yang lepas tetapi mendapat maklum balas negatif daripada pelanggan.

“Sebenarnya 10 tahun lalu saya sudah menggunakan sistem bayar dahulu sebelum makan yang kini menjadi trend di restoran makanan.

“Pada ketika itu kami menerima banyak aduan mengatakan sistem ini menyusahkan kerana restoran-restoran lain semuanya makan dahulu baru bayar.

“Jadi, saya pun menukar semula sistem tetapi lain pula jadinya apabila ada pelanggan yang tidak bertanggungjawab melarikan diri sebelum membayar,” ujarnya.

Dalam pada itu, Linda sempat mengingatkan kepada pelanggan tentang isu halal haram lebih-lebih lagi jika ia berkaitan dengan makanan.

“Saya mudah sahaja, ini berkaitan tentang isu makanan yang menjadi darah daging.

“Bagi saya jika benar-benar mereka terlupa, ikhlas dari saya memang saya halalkan. Tetapi kalau disengajakan itu urusan dia dengan Allah SWT,” tambahnya lagi.

RUPANYA MEMANG TERLUPA

Sementara itu, Linda memaklumkan bahawa seorang individu telah hadir untuk membayar bil tersebut dan menanggap isu itu telah selesai.

“Tadi ada seorang wanita datang ke kedai dan bayarkan untuk customer semalam iaitu kawannya.

Rupanya memang customer tu lupa nak bayar. Linda dah kata, kalau terlupa, takpe…halal. Bukan sengaja pun. Kita manusia, sifat terlupa itu memang ada.

Apa pun terima kasih kepada yang bayar tadi. Linda akan turunkan posting sebelum ni” – LInda Onn

Sumber : MSTAR ONLINE / IG Linda Onn