Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“Masaklah kau kali ni…” Perk0s4 berkvmpulan remaja perempun 14 tahun, lapan lelaki hadapi 18 pertuduhan


“Masaklah kau kali ni…” Perkosa berkumpulan remaja perempuan 14 tahun, lapan lelaki hadapi 18 pertuduhan


Lapan remaja dari Kota Bharu, Kelantan yang didakwa terlibat dalam kes rogol berkumpulan pada 16 Oktober lepas dilaporkan bakal berdepan dengan 18 pertuduhan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kesemua suspek berumur 14 hingga 18 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dan pertuduhan secara berasingan.

Tujuh daripada suspek masih kanak-kanak ketika kejadian, disebabkan itu mereka akan dituduh di Mahkamah Majistret Kota Bharu pada Selasa depan.

Manakala seorang lagi yang berusia 18 tahun itu akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada hari yang sama.

Terdahulu, dalam kejadian yang dilaporkan itu lapan remaja lelaki tersebut telah ditahan bagi membantu siasatan kes rogol berkumpul seorang gadis berusia 14 tahun.