Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Enggan beri suami duit persaraan,isteri dit4nam hidup-hidup, namun ini berlaku selepas itu!!!

Enggan beri suami duit persaraan,isteri ditanam hidup-hidup, namun ini berlaku selepas itu


Enggan beri suami duit persaraan,isteri ditanam hidup-hidup, namun ini berlaku selepas itu. Ditikam, diikat kemudian ditanam hidup-hidup oleh suami kerana enggan memberikan duit persaraan seorang isteri terselamat selepas berjaya menggali kuburnya sendiri.

Young Sook An, 42, dari bandar Seattle Washington berjaya keluar dari kubur sempit dan tidak berapa dalam itu.

Kejadian itu dikatakan berlaku pada 16 Oktober lalu di mana pegawai polis menjumpai wanita berkenaan yang mendakwa diculik dari rumahnya oleh suaminya sendiri.

Malah, dia dikatakan sempat menggunakan peranti Apple Watch untuk menghubungi talian kecemasan.

Difahamkan pertengkaran berlaku antara pasangan berkenaan berkaitan wang persaraan itu sehingga suspek mengambil tindakan menumbuk dan mengikat mangsa, lapor Daily Mail.


Kyong yang berusia 53 tahun kemudian menggali kubur dan meletakkan Sook ke dalamnya serta meninggalkannya sendirian.

Sook bernasib baik kerana kembali sedar ketika berada di dalam kubur sempit itu dan menanggalkan pita pelekat di mulut dan tangannya serta mula menggali untuk keluar dari lubang berkenaan.

Selepas berjaya keluar, dia bersembunyi di tempat tersorok selepas berlari selama 30 minit.

Menurut dokumen mahkamah, masih terdapat pita pelekat pada leher, bawah muka dan buku lali wanita berkenaan ketika polis menemuinya.