Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“Respect La Tunang Orang” – Masih Simpan Gambar Lama, Pengakuan Wanita Ini Buat Dia Teruk Kena Hentam!"


“Respect La Tunang Orang” – Masih Simpan Gambar Lama, Pengakuan Wanita Ini Buat Dia Teruk Kena Hentam

Dah menjadi lumrah manusia, apabila sudah berjaya atau senang akan ada insan-insan yang mengaku sahabat atau bersaudara demi kepentingan sendiri.

Seperti video viral ini, seorang pengguna TikTok dilihat menunjukkan gambar pasport content creator terkenal, Ryan Bakery dengan kapsyen ‘fuyoo ex boyf dia famous sekarang’ ‘siapa kenal dia ni’.

Dalam video tersebut kedengaran seorang wanita mengaku bekas kekasih kepada content creator itu dan bertanya sama ada ‘ex’ masih mengingatinya.

 

Walaupun video asal sudah dipadam, netizen sempat merakamnya dan memuat naiknya semula di TikTok. Ramai yang mengecam gadis itu kerana tidak menghormati status Ryan yang merupakan tunangan orang.

Kata netizen, jika bergurau sekalipun perkara itu tidak perlu diungkit kerana dia merupakan kisah silam kepada Ryan Bakery.

 


Apa-apa pun semoga urusan perkahwinan Ryan dan tunangnya dipermudahkan. Biasalah bertunang mesti ada ujiannya tersendiri.

Siapa Ryan Bakery? Muhammad Ryan Fahmi Bakery atau Ryan Bakery ialah personaliti media sosial Malaysia dan selebriti TikTok yang berasal dari negeri Perak.

Biodata

Nama sebenar: Muhammad Ryan Fahmi bin Bakery

Nama komersial: Ryan Bakery

Umur: 27 tahun (2022)

Tarikh lahir: 17 April 1995

Asal: Perak

Kerjaya: Pencipta konten, personaliti TikTok

Instagram (IG): @ryanfahmibakery

Latar Belakang Dan Fakta Menarik

1. Dia terkenal dengan video parodi pendek yang mengimbas kembali kenangan indah zaman kanak-kanak pada tahun 90-an.

2. Sebelum ini, beliau bekerja dalam bidang kargo penerbangan di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) kemudian kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19.

3. Dia mencari alternatif lain untuk memastikan kelangsungan hidup sebelum penglibatannya sebagai penyedia kandungan digital di aplikasi TikTok mempopularkan namanya, selain mampu menjana pendapatan.

4. Ryan baru-baru ini menjadi viral apabila dia menerima hadiah luar biasa ‘Singa’ bernilai RM1,049.90 setiap satu daripada pengguna TikTok misteri – dikenali dengan nama id Sultan Pemurah. Ketika itu dia sedang melakukan sesi siaran langsung di aplikasi tersebut.

5. Netizen mengandaikan jumlah yang diraihnya dalam satu sesi itu sahaja adalah sekitar RM10,000!

6. Dengan peningkatan popularitinya yang mendadak itu, Ryan turut menerima banyak tawaran dan dari segi projek lakonan, dia akan membintangi filem arahan Mawi berjudul Zim Zim Ala Kazim serta karya terbaru arahan Pierre Andre.

7. Ryan turut menjadi pilihan perniagaan minuman, Bubblebee milik pelawak terkenal, Shuib Sepahtu apabila dilantik sebagai ikon.

8. Dia yang telah mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya merancang untuk berkahwin pada Januari 2023.

Kredit: TikTok @yayaketuuu, omm