Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Ketiadaan Nabil Jadi Persoalan Hingga GV9 Mlm Tadi Jadi Hambar. Rupanya Ini Yang Berlaku Dgn Nabil..😱

Ketiadaan Nabil Jadi Persoalan Hingga GV9 Mlm Tadi Jadi Hambar. Rupanya Ini Yang Berlaku Dgn Nabil
Program hiburan Gegar Vaganza merupakan sebuah rancangan TV realiti nyanyian memfokuskan penyanyi i berpengalaman dan profesional yang pernah popular pada masa lalu tampil membuat kejutan dengan bersaing sesama sendiri bagi merebut hadiah lumayan berupa wang tunai.   program ini dilihat menghidupkan kembali kerjaya dan bakat penyanyi solo mahupun berkumpulan yang sudah lama menyepi tampil.
Program hiburan Gegar Vaganza 2022 yang sedang berlangsung didakwa hambar disebabkan ketiadaan pengacara tetapnya Nabil digantikan dengan pelawak Daniel. Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, orang ramai berpendapat gandingan pelawak itu dan Elly Mazlein pada minggu ini tidak begitu menjadi. Malah, ada juga yang menganggap pelawak itu tidak sesuai mengacarakan program sebesar itu.
Difahamkan, Nabil tidak dapat mengacarakan konsert pada minggu ini kerana menyertai program The Toyota GAZOO Racing musim ke-5. “Rasa tidak meriah dan hilang seri program bila Nabil Ahmad tiada minggu ke-2 ni,” kata Haizad. “Nabil & Jihan jantung GV sebenarnya.. Kak Lina berjaya gantikan Jihan.. Danial pulak memang sama sekali tak sesuai dengan program sebesar ni,” kata Shafiq.
“Nampaklah betapa hambarnya GV tanpa Nabil dan Jihan. Kak Lina yang meriah gitu pun tak boleh nak ‘carry the vibe’,” kata Enche. Terdahulu, penyanyi Elly Mazlein menggantikan hos asal Gegar Vaganza, Jihan Muse yang kini sedang dalam tempoh berpantang selepas bersalin anak kedua pada awal September lalu.
sebagai info,  penganjur Festival Perlumbaan Toyota Gazoo Racing yang menampilkan pelumbaan ‘one make’ Vios Challenge iaitu UMW Toyota Motor kini menjemput semula peminat-peminat untuk kembali merasai festival berkenaan ke litar!  festival berkenaan bukan sahaja menyajikan aksi-aksi perlumbaan sengit di litar, malah pengunjung turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan termasuk persembahan-persembahan pentas oleh selebriti terkemuka.