"Tersebar vldeo Anak lra kazar? Akhirnya syamsul buka cerita sebenar...",-
Tersebar vldeo Anak lra kazar? Akhirnya syamsul buka cerita sebenar
Kalau ingat lagi pernah viraI kisah dah pernah hamil anak syamsul yusof. Akhirnya hujung bulan mac hari itu pengarah Syamsul Yusof menafikan dakwaan isteri keduanya, Ira Kazar sedang berbadan dua. Syamsul ketika ditemui bagaimanapun menjelaskan, segala khabar angin yang bertebaran adalah satu fitnah. “Tidak. Itu adalah fitnah. Begitulah kehidupan saya setiap pagi, saya minum teh tarik dan makan nasi lemak, ada yang bertanya Syamsul itu dan ini. Saya pun jawab apa pula kali ini?
“Saya tak tahulah. Tapi kalau orang itu (Ira) mengandung, Alhamdulillah. Apa yang tak boleh? “Jadi jujur saya beritahu tiada (mengandung). Kalau mengandung, saya akan maklumkan. Tapi kalau nak cakap sebegitu nak buat macam mana, saya cakap Alhamdulillah sajalah.
Doakan yang baik-baik, tapi tiada (mengandung),” katanya. Terdahulu, Syamsul melangsungkan pernikahan dengan Ira atau nama sebenarnya, Faghira Fatini, pada 6 Januari lalu di Selatan Thailand dengan berwalikan bapa Ira iaitu Kazar.
Menurut Syamsul, dia reda apabila dirinya tidak berhenti ditimpa pelbagai ujian dan fitnah termasuk ada yang ingin memboikot filem arahan dan terbitannya. “Berkenaan saya mampu atau tidak beristeri dua, doa sajalah saya boleh jadi suami yang baik dan adil. Kita kahwin ini pun adalah salah satu jalan taubat. Jadi nak kata apa, katalah.
“Seperti rezeki mahu boikot filem saya, jujurnya ada rasa sedih juga tapi saya seorang yang mudah. Saya percaya rezeki dari Allah. Kalau Allah bagi rezeki, alhamdulillah. Orang boikot ada sebab dan saya bersyukur.
“Saya sudah melalui banyak fasa. Saya hadapi sajalah,” katanya. Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, semalam.
Antaranya alasan yang diberikan adalah meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, keduanya masih menghubungi bekas kekasihnya dan ketiga enggan mematuhi notis nusyuz serta keempat sudah membuat fitnah terhadap Syamsul seperti memukul dan tidak memberi nafkah.
SETELAH usaha untuk berdamai menemui kegagalan, pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana akhirnya mencapai kata sepakat untuk bercerai secara balk. Peguam mewakili Puteri Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader memberitahu pasangan itu bersemuka pada malam Ahad, beberapa jam sebelum perlu hadir ke mahkamah yang dijadual pada pagi Isnin bertujuan mengetahui keputusan rundingan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dibentuk sebelum ini.
Justeru, dalam pertemuan malam Ahad itu, mereka berdua sudah mencapai kata sepakat untuk berpisah secara baik. Dalam pada itu, di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Isnin, kedua-dua pasangan tersebut hadir bagi urusan perceraian mereka.
Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas yang mendengar kes itu menetapkan 18 April 2023 ini bagi kedua-dua belch pihak merekodkan terma untuk mereka berpisah secara baik. Syamsul yang muncul di mahkamah kira-kira pukul 8.55 pagi kelihatan tenang ditemani peguam, Azmi Mohd Rais dan dua orang sepupunya.
Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.
Sumber : Hmetro dan kokoci tv