“Konon nak berdamai….” – Ramai tk sngka ini yg terjadi semasa sambutan hari jadi anak Syamsul Yusof
“Konon nak berdamai….” – Ramai tk sngka ini yg terjadi semasa sambutan hari jadi anak Syamsul Yusof.
Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana meraikan ulang tahun kelahiran anak perempuannya Sumayyah yang keempat bersama ahli keluarga dalam sebuah majlis yang diadakan di Restoran Haslam, semalam.
Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, pelakon berusia 38 tahun tersebut memuat naik beberapa keping gambar sekitar sambutan secara kecil-kecilan itu selepas selesai berbuka puasa.
Turut kelihatan ibu bapa Puteri Sarah iaitu Megat Kamaruddin dan Paridah Puteh selain mentuanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail serta beberapa ahli keluarga lain.
Walau bagaimanapun, kelibat suaminya yang juga pengarah popular, Syamsul Yusof tidak kelihatan menerusi koleksi gambar berkenaan.
Susulan itu, ramai pengikut mempersoalkan tindakan Syamsul yang tidak hadir menyambut hari lahir puteri kesayangannya sedangkan besan pula saling merapatkan hubungan dan memberi sokongan antara satu sama lain.
Malah, rata-rata netizen mengungkit semula kenyataan pengarah filem Mat Kilau itu yang kecewa apabila tidak dapat bersua muka dengan Puteri Sarah ketika melalui Jawatankuasa Pendamai (JKP) di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) baru-baru ini.
Tidak kurang ada juga segelintir individu menyifatkan inilah masa yang sesuai untuk Syamsul tampil menjernihkan keadaan sekali gus dapat berbuka puasa bersama ahli keluarga.
Antara komen2 netizen….
Hari jadi anak pun tak datang
Mana Syamsul? Rugi betul jadi seorang ayah
Sebelum ni kata kecewa tak dapat jumpa Puteri Sarah
Tengok la ibu bapa & mentua bagi sokongan pada isteri
Susah nak dapat mentua baik macam Datuk & Datin
Konon nak berdamai? Datang pun tidak
Bersangka baik sajalah, mungkin Syamsul sedang sibuk melakukan penggambaran filem terbaharunya The Original Gangster yang menjadi bualan hangat sejak akhir-akhir ini.
Sumber: Instagram Puteri Sarah Liyana, OMM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.