“Ira Cakap Sol Memang Nak Cerai…” – ‘Kawan’ Ira Kazar Dakwa Syamsul Takut Puteri Sarah Tuntut Harta Sepencarian?

Tindakan Syamsul Yusof yang enggan ‘melepaskan’ isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana ketika sebutan kes pada Selasa baru-baru ini, masih menjadi bualan hangat ramai terutamanya di media sosial.

Puteri Sarah sendiri meminta Syamsul untuk melepaskannya memandangkan mereka sudah tidak menjalani kehidupan berumah tangga selama setahun.

Kita dah lama tak macam suami isteri. Dia dah lama tak jalankan tanggungjawab sebagai suami.”

Ibu kepada dua anak itu sendiri tidak mengerti mengapa Syamsul berbuat sedemikian dan apa yang dimahukannya namun memberi alasan ‘masih ada sinar’ dalam hubungan mereka.

Semalam, menerusi Instagram story Sarah ada berkongsi tangkap layar mesej yang diterima daripada seorang individu yang mendakwa kawannya mengenali Ira Kazar.

Tiba di Mahkamah Syariah, Puteri Sarah Liyana kelihatan 'bersemangat' | Astro Awani

Dakwa individu itu, Ira berkata Syamsul mahu bercerai namun enggan berbuat sedemikian kerana tahu Sarah akan menuntut harta sepencarian.

Sol memang nak cerai tapi dia tak bodoh. Kalau cerai nanti sis (Puteri Sarah) akan tuntut harta pencarian mesti dia akan miskin.”

Bagaimanapun, tidak pasti jika individu yang menghantar mesej itu bercakap benar atau betul-betul mengenali Ira Kazar seperti didakwanya.

Maklumlah, bila timbul cerita atau gosip hangat artis mesti akan ada yang muncul dan mengaku mengenali si polan. Apa-apa pun, Min doakan yang terbaik untuk Puteri Sarah.

Hanya Beri Isyarat ‘Allah Yang Satu’, Syamsul Yusof Kunci Mulut Kes Enggan Cerai Puteri Sarah

Hanya Beri Isyarat ‘Allah Yang Satu’, Syamsul Yusof Kunci Mulut Kes Enggan Cerai Puteri Sarah

Sebelum ini, media melaporkan pengarah Syamsul Yusof enggan menceraikan isterinya, Puteri Sarah Liyana ketika prosiding sebutan pertama kes di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, pengarah filem Mat Kilau itu tidak memberi sebarang kenyataan selepas keluar dari dewan mahkamah.

Malah, Syamsul hanya memberi isyarat ‘Allah yang satu’ dan tetap mengunci mulut walaupun diasak dengan pertanyaan daripada pihak media.

Dalam pada itu, peguam mewakili Syamsul iaitu Roshdan Sujak Rafie memaklumkan sebutan pertama kes perceraian tidak menemui jalan persetujuan.

Harap Syamsul Yusof hadir 7 Mac ini [METROTV]

Jadi pada hari ini, mahkamah dah tubuhkan satu Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang akan diwakili oleh wakil kedua pihak.

Menurutnya lagi, pada sesi prosiding yang akan datang iaitu pada 10 April akan ada sesi laporan daripada Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Info tambahan, permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984

Sumber BN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih