“Hafidz rosdi sudah dibebaskan selepas..” Baru sahaja ke balai polis isu tumbuk isteri… Polis dedah keadaan terkini Hafidz Roshdi kejutkan ramai..
“Hafidz rosdi sudah dibebaskan selepas..” Baru sahaja ke balai polis isu tumbuk isteri… Polis dedah keadaan terkini Hafidz Roshdi kejutkan ramai..
Pelakon yang dipercayai menumbuk isterinya sebanyak tiga kali di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh ditahan polis bagi membantu siasatan kes itu, pada Sabtu.
Dibebaskan jaminan polis
Gambar sekadar hiasan
Menurut laporan Harian Metro, lelaki berusia 29 tahun terbabit ditahan kira-kira 12 tengah hari ketika hadir di Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.
Bagaimanapun, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, pelakon itu dibebaskan dengan jaminan polis sebaik selesai diambil keterangan pada petang hari sama.
Setakat ini, polis sudah mengambil keterangan mangsa, dua saksi dan suspek. Polis kemungkinan akan memanggil semula mangsa untuk diambil keterangan lanjut hari ini.
Beliau berkata, polis juga sudah mendapatkan laporan awal perubatan mangsa dan disahkan mangsa mengalami kecederaan di pipi.
Dalam pada itu, polis akan mendapatkan perintah mahkamah sementara pada esok, bertujuan menghalang suami daripada melakukan perbuatan sama terhadap mangsa sementara siasatan dijalankan polis.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro
“… Tangkapan dilakukan.., Jika dia..” Baru saja tumbuk isteri.. Tak sangka Ketua Polis dedah begini Nasib Hafidz Roshdi..
Kuala Lumpur: Polis sudah mengambil keterangan isteri pelakon yang ditumbuk suaminya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh, awal pagi kelmarin.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mangsa berusia 29 tahun itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bagi memberi keterangan, hari ini.
“Mangsa selesai memberi kenyataan berhubung kejadian hari ini, manakala suspek (pelakon lelaki) akan dipanggil dalam masa terdekat.
“Jika perlu tangkapan dilakukan, ia akan dibuat bergantung kepada kerjasama dan keterangan yang diberikan,” katanya kepada Harian Metro.
Khamis lalu, isteri kepada pelakon terbabit membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang mendakwa ditumbuk suaminya beberapa kali sehingga cedera di bahagian mata.
Difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa bersama suaminya berada di dalam kereta di R&R di sekitar Sungai Buloh.
Pelakon lelaki terbabit berdepan kontroversi apabila kisah rumah tangga pelakon terbabit menjadi perbualan hangat ekoran dakwaan curang.
Pelakon itu kemudian menceraikan isterinya dengan talak satu pada 23 Februari lalu.
Terdahulu,
HAFIDZ ROSHDI DIDAKWA TUMBUK ISTERI 3 KALI – KELUARGA SHUHADA SUDAH BUAT LAPORAN POLIS
“Ya, betul Nurul Shuhada cedera selepas ditumbuk Hafidz dalam kejadian awal pagi tadi.
“Mulanya berlaku pertengkaran dan kemudiannya, Hafidz menumbuk Nurul Shuhada sebanyak tiga kali pada bahagian muka.”
Demikian dakwa ahli keluarga Nurul Shuhada Mat Shukri yang enggan namanya didedahkan itu mengesahkan isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi ini menjadi mangsa pukul suaminya selepas berlaku pertengkaran, awal pagi tadi.
Menerusi laporan Berita Harian, Shuhada difahamkan telah dibawa ke sebuah hospital bagi mendapatkan rawatan, malah laporan polis sudah dibuat oleh dua ahli keluarga yang menyaksikan kejadian itu.
“Selepas kejadian kami buat laporan polis dan bawa Nurul Shuhada ke hospital. Dia terpaksa menerima jahitan akibat luka pada muka.
“Kami melakukan pemeriksaan CT Scan (imbasan tomografi berkomputer) bagi memastikan tiada sebarang kecederaan dalaman. Nurul Shuhada sudah dibenarkan pulang dan tidak ditahan wad,” jelasnya.
Ditanya pula keadaan terkini Shuhada, ahli keluarga itu memaklumkan, wanita berkenaan masih terkejut dan perlu mengambil masa untuk rehat.
“Shuhada masih terkejut dan terkesan dengan apa yang berlaku. Sekarang Shuhada perlukan masa untuk berehat. Syukur keadaannya kini stabil,” tuturnya.
Sebelum ini, Shuhada ada memuat naik hantaran dipercayai berkaitan kecederaan dialaminya, sehingga mencetuskan tanda tanya.
Menerusi beberapa hantaran berasingan dimuat naik dalam Instagram (IG) Story, Shuhada memaklumkan, dia menerima rawatan di hospital.
Gambar dimuat naik itu menunjukkan ibu kepada dua cahaya mata ini mengalami kecederaan pada wajah kiri yang didapati berbalut.
Menerusi hantaran lain pula, Shuhada memuat naik gambar tangan menggenggam penumbuk dan berdarah, berserta kapsyen: “Semoga Allah ampunkan kau berdua.”
Dalam pada itu, Shuhada dalam hantaran lain juga turut meluahkan perasaan marah terhadap wanita yang dipercayai menjalinkan hubungan sulit dengan bekas suaminya iaitu Athira Yuhada.