Lebih selesa memilih suami orang, Wanita anggap isteri pertama sbgai perampas.

Sejak kontroversi rumah tangga diganggu oleh orang ketiga, isu poligami dilihat semakin hangat diperkatakan oleh semua pihak. Masing-masing lantang memberi pendapat serta pandangan bagi mengulas lanjut berikutan perkara tersebut. Bukan itu sahaja, bahkan beberapa rancangan TV juga lebih memilih topik ini untuk dibincangkan bersama ahli panel yang lain.

Anggap isteri pertama perampas kebahagiaan para madu yang lain.

Lebih Selesa Memilih Suami Orang, Wanita Anggap Isteri Pertama Sebagai Perampas

Menerusi Wacana Sinar, Naib Presiden Pertubuhan Poligami Harmoni Malaysia iaitu Haryani Ithnen telah diundang dalam satu program bual bicara berhubung isu suami bernikah lebih daripada satu.

Akui pernah bergelar isteri keempat, wanita tersebut berpendapat bahawa suri hati yang pertama adalah seorang perampas kerana telah mencuri kebahagiaan madu-madu lain dan bersikap pentingkan diri.

Suami orang lebih istimewa kerna lebih berilmu dan memahami.

Ketika ditanya oleh pengacara perihal pilihan suami orang sebagai teman hidup, Haryani jelaskan bahawa mereka lebih berilmu serta memahami kehidupan berumah tangga. Bukan tidak mahu mencari yang berstatus bujang, namun baginya rata-rata golongan ini kurang bijak untuk mendekati wanita.

Itu semua atas pilihan masing-masing…Diri kita yang pilih untuk tersepit di tempat tu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bagaikan tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikongsikan oleh wanita tersebut. Mereka beranggapan bahawa situasi dilalui oleh setiap wanita yang hidup bermadu adalah berbeza dan tidak boleh sesuka hati buat andaian sendiri.

Video Player
00:00
02:29

Kredit: TikTok sinarharianonline, erinsakura

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.