“Jatuh kesian pula, Kecik hati Ira..”,-Ibu Syamsul Yusof bangga ada 3 menantu hebat, nama Ira tiada dalam senarai..
“Jatuh kesian pula… Kecik hati Ira..” Ibu Syamsul Yusof bangga ada 3 menantu hebat, nama Ira tiada dalam senarai..
Ibu kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail meluahkan rasa bangga apabila beliau memiliki tiga orang menantu yang hebat seperti Nazariah Harun, Puteri Sarah Liyana dan Aeisyah Zainal.
RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI
Terdahulu, dunia hiburan telah dikejutkan ramai apabila Syamsul Yusof membuat pengakuan pada 6 Januari lalu dimana dia sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Kazar Saisi.
Bukan itu sahaja, Puteri Sarah juga telah bernekad dengan memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah pada Isnin ini dan perkara tersebut disahkan sendiri oleh peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakilinya.
Meskipun tindakan Puteri Sarah menfailkan talak terhadap suami Syamsul Yusof sudah beberapa minggu berlalu, tetapi isu berhubung rumah tangga pasangan selebriti ini bagaimanapun masih menjadi bualan ramai.
Bukan artis tersebut sahaja, bahkan kedua-dua orang mentua, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah turut sama mendapat perhatian.
Bagaimanapun menerusi portal mStar, tersebar pula khabar angin yang mengatakan bahawa kini isteri kedua kepada Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar sedang berbadan dua.
Pun begitu, penerbit terkenal berkenaan enggan memberi sebarang komen bahkan mengambil pendekatan untuk terus berdiam diri sahaja.
Bukan tidak mahu memberi kerjasama namun dia kini sedang berusaha menjaga hati banyak pihak terutama isteri, Datin Patimah yang masih kecewa susulan pernikahan anak sulung mereka.
Memahami kehidupannya sebagai figura yang dikenali, Datuk Yusof Haslam juga akui tidak dapat lari daripada menjadi sasaran pihak media apabila berkunjung ke mana-mana acara.
Ketika disoal mengenai kepulangan Syamsul ke rumah, Datuk Yusof Haslam bagaimanapun hanya menitipkan doa yang terbaik buat anak, menantu serta cucunya sahaja.
Dirinya tahu kini Syamsul agak tertekan dek segala dugaan yang melanda namun sebagai bapa, dia akui masih sayang akan anaknya itu.