VIDEO “Patut Shuib Berkenan..” Watie tunjvk bakat menyanyi, ramai puji suara persis arw4h Siti Sarah
VIDEO “Patut Shuib Berkenan..” Watie tunjvk bakat menyanyi, ramai puji suara persis arw4h Siti Sarah
Gara-gara berkawan rapat dengan pelawak Shuib Sepahtu, usahawan Watie Hanifiah sering menjadi tumpuan ramai terutama dalam kalangan pengikut di laman Instagram.
Baru-baru ini, dia memuat naik sebuah video menunjukkanbakatnya menyanyikan lagu Indonesia berjudul Rapuh nyanyian asal Agnes Mo dipercayai di sebuah pusat karaoke.
Menerusi rakaman berdurasi seminit 30 saat itu, Watie dilihat berdiri sambil menyanyi dengan penuh emosi sekali gus menarik perhatian netizen bagi memberikan pelbagai reaksi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata mengakui vokalnya kedengaran merdu malah turut dikatakan hampir sama seperti suara Allahyarham Siti SarahRaisuddin iaitu isteri kepada Shuib.
Suara pun iras arwah
Suka dengar suara dia!
Patut la Shuib berkenan?
Suara unik.. teruskan
Walau bagaimanapun, segelintir individu seolah-olah tidak berpuas hati mendakwa Watie terlalu mencuba mengikut gaya nyanyian Siti Sarah yang disifatkan tiada tolok bandingnya.
Sebelum ini, Shuib yang juga penyampai radio Suria FM meminta orang ramai tidak mempertikaikan keputusannya menjalinkan hubungan rapat dengan Watie.
Tegas Shuib, dia mengetahui baik buruk selain mendahulukan keinginan anak-anak dalam kehidupan berbanding dirinya sendiri.
“Saya fikirkan anak-anak dahulu. Saya mementingkan kesihatan mental mereka.
“Perjalanan ditempuhi anak-anak sekarang bukanlah mudah, mereka juga perlukan sentuhan seorang ibu.
“Kalau anak-anak gembira, manakala ibu dan keluarga mentua bersetuju, saya akan okay sahaja. Ini kerana saya hanya memikirkan mereka,” katanya seperti dilaporkan BH Online.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!FIONA
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @FIONA
Sumber: Instagram Watie Hanifiah