"Puteri Sarah Dah Failkan Perceraian AmbilLah dia tu..",-Benarkan Ira Kazar Miliki Syamsul Sepenuhnya Selepas Fail Cerai
“Benarkan Ira Kazar Miliki Syamsul Sepenuhnya Selepas Fail Cerai?” Ini Respon Padu Puteri Sarah!
Pelakon, Puteri Sarah Liyana menolak dakwaan tindakannya memfailkan cerai baru-baru ini, sebagai memberi ruang kepada Ira Kazar memiliki sepenuhnya, Syamsul Yusof.
Jalan terbaik buat diri sendiri
Menurut Puteri Sarah, keputusan tersebut diambil selepas menilai ia jalan terbaik buat dirinya.
Saya tak fikir begitu. Saya fikir saya sudah lakukan yang terbaik dan saya rasa inilah jalan yang terbaik untuk saya.
Disoal adakah Sarah masih sayang Syamsul ataupun tidak, ibu kepada dua orang anak ini kelihatan tidak mampu menjawabnya.
Boleh tak kalau saya tak nak jawab. Saya tahu akan menjalani proses yang agak panjang tapi saya dah reda dengan apa yang terjadi. Yang penting saya dah mula langkah pertama dengan failkan dahulu. Apa yang mendatang saya terima.
Tambah Sarah, dia reda jika terpaksa menjalani proses yang sangat panjang untuk kes perceraiannya nanti.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!FIONA
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @FIONA
Sumber: Astro Gempak