“Awak Tu masih isteri saya,harapkan kepulangan awak ke rumah Bawa anak2 kita balik...”,-
“Awak masih isteri saya.. Saya mengharapkan kepulangan awak ke rumah.. Bawa anak2 kita balik..”
Memetik laporan Harian Metro, pelakon dan juga pengarah terkenal Syamsul Yusof memaklumkan dia sudah bernikah dengan wanita pilihan, Ira Kazar pada hari ini.
Berita itu dikongsikan Syamsul menerusi satu video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya sebentar tadi.
View this post on Instagram
Syamsul yusof ira kazarSumber : Harian Metro
Jelas pengarah itu, pernikahan tersebut telah berlangsung di Thailand serta berwalikan bapa Ira yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi.
Saya sudah bernikah secara sah dengan Ira yang berwalikan ayah dia sendiri di Thailand. Ada sebab ia dilangsungkan di sini bagi memudahkan beberapa perkara. Perkahwinan ini juga sudah didaftarkan.
Syamsul kini dilaporkan berada di negara itu buat ketika ini.
Dia juga menjelaskan bahawa Puteri Sarah Liyana masih lagi isterinya yang sah dan memohon agar wanita itu pulang bersama anak-anak untuk tujuan berbincang.
View this post on Instagram
Kepada Puteri Sarah, saya mengharapkan kepulangan awak. Pulanglah ke rumah agar kita berbincang dan tak perlu dihebahkan dalam media sosial. Bawa anak-anak kita balik.
Syamsul dalam pada itu juga memberitahu dia tidak berniat sama sekali untuk membelakangi ahli keluarganya.
“Paling penting, saya mengharapkan doa terbaik. Saya bukan manusia sempurna, ada masanya melakukan kesilapan.” ujarnya lagi panjang lebar.