“Terima kasih.. Saya dah kahwin..” Kerap ‘Iive’ bersama, Akhirnya Dr Syed dedah status dirinya dan sajjat
“Terima kasih.. Saya dah kahwin..” Kerap ‘Iive’ bersama, Akhirnya Dr Syed dedah status dirinya dan sajjat
Nama seorang doktor menjadi bualan segelintir netizen gara-gara sering membuat sesi siaran langsung di TikTok bersama usahawan sensasi, Nur Sajat.
Memetik laporan Harian Metro, dia dikenali Dr Syed Aliff Fauzan Syed Mohamad berkata dia sering dihujani dengan soalan ‘nakaI’ dari netizen. Mereka mengatakan doktor berusia 28 tahun itu adalah buah hati baharu Sajat.
Nafi bercinta, sebenarnya dah kahwin
Bagaimanapun, Dr Syed yang kini bertugas di Klinik Kesihatan Ujong Pasir, Melaka menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan dia sudah berkahwin.
“Saya sudah berkahwin dan tahu menjaga batas dengan orang lain. Jadi, apabila timbul spekulasi ini, tak ada masalah untuk saya,”katanya.
Buat tak tahu sahaja, benda tak boleh elak mulut orang henti bercakap
Akan tetapi, dirinya tidak mempunyai kuasa untuk menghalang perbualan ramai mengenai perkara tersebut.
“Saya tak boleh elak mulut orang nak bercakap. Saya baca komen ‘nakal’ dan spekulasi macam tu. Cuma, ingin dijelaskan saya bukan seperti yang mereka perkatakan.
“Saya buat tak tahu saja. Siapa kenal saya, mereka tahu saya dah berkahwin. Kebanyakan yang bertanya ini dalam kalangan peminat dan pengikut Sajat. Saya jawab macam biasa saja, tak melenting pun.
Tak pernah jumpa Sajat. Katanya lagi, dia tak pernah berjumpa dengan Sajat, Hanya setakat kenal dan berhubung di TikTok sahaja.
Dalam pada itu, Dr Syed tidak dapat menafikan sesi siaran langsung bersama Sajat sememangnya mendapat perhatian lebih sehingga mendapat teguran netizen.
“Orang akan tegur ‘inilah doktor yang buat ‘live’ dengan Sajat. Tak terkejut, cuma saya nak orang tahu, saya bukan artis pun, saya orang biasa saja,” katanya.
Selalunya cerita pasal penyakit dan kesihatan
Mengulas lanjut, mereka berdua hanya membuat sesi soal jawab mengenai penyakit dan kesihatan sahaja.
“Jadi, ada sekali tu, Sajat nak turut serta dan bertanya soalan. Selepas beberapa kali bersiaran langsung bersama, barulah kami saling mengikuti. Malah, pernah sekali masa Sajat buat siaran langsung, saya pula masuk.
“Selain dari soalan mengenai penyakit, ramai juga bertanya mengenai peribadi saya. Mereka tanya bekerja di mana, solo atau tak dan banyak lagi,”ceritanya lagi.
Di kesempatan itu, Dr Syed meluahkan kesyukuran dan berterima kasih kepada Sajat kerana jumlah orang menonton video yang dikongsinya semakin bertambah.
Sumber : ohmy media
Pada para isteri jika suami dilanda ujian wang atau kesihatan, jangan abaikan suami & anak.
Bagi watak Long, semua sedia maklum mengenai sejarah hitamnya yang lari tinggalkan anak (Ina) dan suami (Khalid) kerana mengikut lelaki lain. Enggan hidup susah dan tamak mendapatkan wang cara ekspres, dia juga terlibat dengan penjualan barang terlarang. Meskipun cuma berlakon, aktres ini begitu menyelami teladan di sebalik watak Long yang mendapat balasan dipenjarakan. Justeru dia berpesan agar golongan wanita di luar sana tidak mengabaikan pasangan sekiranya rumah tangga dilanda ujian.
Cerita ni memang real story…Berapa ramai sedang alami masalah ni. Tangisan pelakon berusia 46 tahun itu juga membuatkan netizen hiba. Menerusi ruangan komen, mereka tidak putus-putus memberikan pujian terhadap kualiti lakonan Amyza Aznan selain berkongsikan kehidupan sendiri yang dirasakan sungguh dekat dengan karakter Long.
Sumber : pnews