"Rupanya Bukan RM600 Bilion, Menteri Kewangan Jumpa Bukti Baru Penyelewengan Ketika Abah Jadi PM..",-
Rupanya Bukan RM600 Bilion, Menteri Kewangan Jumpa Bukti Baru Penyelewengan Ketika Abah Jadi PM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memberi tumpuan kepada siasatan RM92.5 bilion daripada nilai dakwaan penyelewengan wang perbelanjaan negara yang dianggarkan hampir RM600 bilion.
SPRM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima butiran maklumat pecahan dana pakej rangsangan ekonomi yang dibelanjakan kerajaan pada tahun 2020 dan 2021 berkaitan pengurusan Covid-19 daripada Kementerian Kewangan.
“Hasil siasatan awal mendapati jumlah peruntukan terbabit dianggarkan berjumlah RM530 bilion.
“Berdasarkan jumlah itu, RM92.5 bilion membabitkan dana kerajaan manakala RM437.5 bilion lagi bukan daripada kerajaan,” katanya.
Justeru, SPRM berkata, siasatan mereka akan terarah kepada dana RM92.5 bilion berkenaan.
Pihak Kementerian Kewangan sedang memperincikan pecahan itu dan akan menyerahkannya kepada SPRM pada minggu hadapan,” katanya.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, pegawai Kementerian Kewangan mengesahkan ada pelanggaran serius berhubung prosedur perbelanjaan hampir RM600 bilion ketika pentadbiran kerajaan diterajui Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kelmarin, media melaporkan, Muhyiddin, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (bekas Menteri Kewangan dalam Kabinet Muhyiddin) serta bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dijangka dipanggil memberi keterangan kepada SPRM berhubung dakwaan berlaku salah guna dana RM600 bilion ketika pandemik Covid-19.
Terdahulu, Muhyiddin menegaskan tidak takut disiasat berhubung laporan polis dibuat beberapa pihak mendakwa beliau menyeleweng dana terbabit berikutan ia wang individu dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta bank yang bukan di bawah kawalannya.
Muhyiddin sumpah tak seleweng dana RM600 bilion -“Saya bukan Zahid Hamidi”
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan dia tidak takut sama sekali untuk disiasat berhubung dengan laporan polis yang dibuat oleh beberapa pihak yang mendakwa beliau menyeleweng dana RM600 bilion.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @beritakini8 di laman TikToknya, Pengerusi Perikatan Nasional itu menjawab dakwaan tersebut di hadapan penyokongnya di sebuah lokasi.
Dalam video tersebut, Muhyiddin menegaskan supaya Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memanggil Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang pernah menjadi Menteri Kewangan sebelum ini hadir ke pejabatnya untuk menjelaskan mengenai dana RM600 bilion tersebut.
Katanya, dia tidak gentar sama sekali untuk memberi kerjasama bagi menjalankan siasat berhubung kes penyelewengan tersebut dan akan hadir ke mahkamah pada bila-bila masa sahaja.
“Hang (Anwar Ibrahim), panggil je Zafrul pergi ke pejabat hang pagi esok. Hang tanya betul-betul, aku ada ke ‘tapau’ RM600 bilion? Semua dia akan beritahu pada hang.
“Kalau ‘tapau’ aku boleh hadap mahkamah pada bila-bila masa sahaja. Tapi wallahi wabillahi watallahi satu sen pun wang itu saya tak ambil. Bukan duit saya, itu duit rakyat jelata. Saya bukan Zahid Hamidi,” tegasnya.
Netizen tetap sokong abah!
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terutamanya penyokong memaklumkan mereka akan sentiasa menyokong Muhyiddin Yassin dan percaya beliau tidak melakukan perkara terkutuk tersebut.