Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“Innalillahi😭😭Akib4t par4s diabetes tinggi Mak Jah Dimasokkan Ke Hospital...”

“Akib4t par4s diabetes tinggi,” Mak Jah dimas0kkan ke h0spital

Pelakon veteran, Maimunah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mak Jah dimasukkan ke Hospital Ampangpada Khamis lalu akibat paras diabetes yang tinggi.

Khabar ini dikongsikan oleh Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM), Tukiman Radion di mana Mak Jah dibawa oleh anaknya selepas mendapati keadaan ibu yang kurang bermaya.

Pun begitu, keadaan Mak Jah ketika ini adalah semakin baik berbanding sebelumnya termasuk bacaan paras diabetes.

“Selepas menerima rawatan, keadaannya semakin baik berbanding sebelumnya. Bacaan paras diabetes juga dah turun,”ujarnya.

Bagaimanapun, pelakon berusia 73 tahun itu masih ditahan di hospital dan belum dibenarkan keluar oleh doktor kerana bacaan paras gula yang turun  naik.

Tukiman berkata demikian ketika dia hadir meluangkan masa melawa Mak Jah bersama Timbalan Presiden PKAVM, Amran Nasarudin dan Chef Yang Jamil (Setiausaha PKAVM) semalam.

Dalam pada itu, Tukiman meluahkan kesyukuran atas perkembangan positif yang ditunjukkan oleh Mak Jah ketika mereka sedang melawatnya di hospital.

“Alhamdulillah, dia dalam keadaan sedar dan boleh berbual dengan kami. PKAVM juga bagi sedikit sumbangan berbentuk kewangan dan sokongan moral.

“Ia perlu supaya dia rasa tenang dan tahu ada yang ambil berat terhadapnya,”ujarnya.

Di kesempatan itu, Tukiman dan ahli PKAVM mendoakan Mak Jah kembali sembuh seperti sediakala memandangkan dia seorang yang aktif dan sering terbabit dalam program anjuran persatuan.

“Sebagai Presiden, saya memohon jasa baik badan kerajaan dan ahli korporat serta individu yang berkemampuan untuk memberi sumbangan kepada PKAVM.

“Semoga dengan sumbangan terbabit dapatlah kami membantu ahli yang memerlukan bantuan

Malah, dia juga memantau perkembangan Mak Jah dan berkongsi dalam kumpulan WhatsApp ahli PKAVM.