“Bakal kahwin awal tahun depan…..” – Shuib akui kecewa dgn netizen kerana hal ini“Bakal kahwin awal tahun depan…..” – Shuib akui kecewa dgn netizen kerana hal ini.

PELAWAK dan penyampai radio Suria FM Shuib menyangkal dakwaan bakal mendirikan rumah tangga dengan usahawan Watie Hanifah awal tahun depan.

Shuib atau Shahmira Muhamad, 38, berkata, dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung soal perkahwinan apatah lagi keluarganya sendiri tidak mengetahui mengenainya.

“Kadang-kadang bila ada perkara yang tidak betul disebarkan, saya perlu cakap. Contoh, ada khabar angin mengatakan saya bakal mendirikan rumah tangga pada awal tahun depan.

“Apa boleh saya katakan, semua itu tidak benar. Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan tetapi orang lain pula lebih tahu.

“Saya bimbang jika keluarga anggap saya belakangkan mereka walhal saya sendiri belum merancang apa-apa soal perkahwinan,” katanya kepada mStar.

shuib1 - 1

Shuib berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media The Masked Singer Malaysia yang diadakan di Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam pada itu, Shuib memberitahu keluarganya antara individu penting yang sering menjadi tempat untuk dia meluahkan segalanya.

Dengan khabar angin yang tersebar tentang dirinya, ia sedikit sebanyak menimbulkan pertanyaan dan salah faham dalam keluarga.

“Saya orang yang sentiasa berbincang dengan keluarga jika ada sebarang keputusan perlu dibuat. Bila mereka tidak tahu dan lihat di media sosial, itu akan menjadi pertanyaan dalam hati mereka.

“Kadang-kadang keluarga pun rasa sensitif juga nak bertanya. Tapi saya pelik kenapa netizen tidak sensitif dan menyebarkan perkara yang tidak benar,” jelasnya.

Saya bimbang jika keluarga anggap saya belakangkan mereka walhal saya sendiri belum merancang apa-apa soal perkahwinan.
SHUIB
PELAWAK/PENYAMPAI RADIO

Tambah Shuib lagi, dalam kehidupan ini banyak perkara yang tidak boleh dijangka dan soal jodoh dia menyerahkan kepada Allah SWT.

Anak Gadis Shuib Luah Rasa Rindu Terhadap Allahyarham Siti Sarah

Pelawak ini juga menjelaskan sekiranya ada khabar baik untuk dikongsi, sudah tentu dia akan memaklumkan kepada umum.

“Dalam kehidupan ini banyak perkara yang kita tidak boleh nak jangka dan elak. Sama juga bab jodoh. Saya hanya serahkan segala-galanya kepada Allah.

“Kalau ada benda-benda baik yang berlaku, saya pasti akan kongsikan kepada semua. Saya pun tak suka nak menipu atau sorok-sorok.

“Kalau jadi, Alhamdulillah tetapi kalau tak jadi nak buat macam mana,” ujarnya.

Terdahulu, Shuib mengakui dia kini sedang berkawan rapat dengan Watie selepas timbul dakwaan mereka dikatakan sedang bercinta dan berpakaian sedondon ketika menghadiri sebuah konsert baru-baru ini.

Sumber : Mstar