Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Penjual Sayur Tengah Buat Live Tepi Jalan, Sekali Tindakan Pemandu Hilux Buat Dia Kena M4ki ‘Sebakul’

HIBURAN

Penjual Sayur Tengah Buat Live Tepi Jalan, Sekali Tindakan Pemandu Hilux Buat Dia Kena M4ki ‘Sebakul’

SALAH satu ‘syarat’ untuk menjadi peniaga jalanan semestinya perlu mempunyai hati yang kental.

Ini kerana cabaran yang dihadapi bukan setakat cuaca yang tidak menentu, persekitaran yang berdebu dan sebagainya, malah mereka turut berdepan dengan cabaran ‘luar jangka’ lain sebagaimana insiden yang menimpa peniaga wanita ini.

Menerusi klip video yang dikongsikan di laman sosial, peniaga wanita tersebut ketika itu sedang membuat siaran langsung (live) sambil menunjukkan barang jualannya yang merupakan sayur-sayuran kampung.

“Labu RM4.50 sekilo, petai jeruk RM5 sebekas, nenas madu selonggok RM10… tempat (lokasi) biasa ya,” demikian katanya di dalam video tersebut sambil menunjukkan lokasi gerainya di tepi jalan, difahamkan di Kampung Sungai Jempol, Negeri Sembilan.

Namun tanpa diduga, sebuah trak pikap yang kebetulan lalu di hadapan gerainya terlanggar lopak air yang bertakung, lalu terpercik terkena badannya yang sedang berdiri di tepi jalan.

Serentak dengan itu, peniaga berkenaan yang masih belum mengakhiri siaran live tersebut, terus mengeluarkan kata-kata makian ekoran pemandu kenderaan tersebut terus berlalu seperti tiada apa yang berlaku.

“Menata*g bab* betul la… haramja***, bab*! Dah tahu becak, slow la sikit! Nanti lalu balik, aku baling dengan batu… nak pecah cermin pecahlah,” katanya dalam nada berang.

Gerai wanita tersebut terletak di tepi jalan besar.

Dia kemudian mengakhiri siaran langsung tersebut selepas berjalan ke gerainya semula.

Klip video tersebut kini tular di Twitter dan meraih lebih 2,000 ulang kicau.

Itulah… berniaga tepi jalan, hati mau kering.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen meluahkan rasa simpati kepada peniaga wanita berkenaan, malah ada juga yang terhibur dengan nadanya yang memaki pemandu kenderaan tersebut.

“Ala kesiannya. Kurang ajar Hilux tu. Bukan ada kereta lain pun, elaklah sikit lopak tu.

Antara komen yang dilontarkan netizen.

“Bawa kereta tu agak-agaklah lopak air tu janganlah dilanggar, lagi-lagi kalau ada orang dekat situ.

“Itulah… berniaga tepi jalan, hati mau kering,” demikian antara komen netizen.

KREDIT: MSTAR