Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

"Cuma 2 hari je bergelar isteri, gadis cantik 17 tahun Kena cerai Suami..!",-

Cuma 2 hari bergelar isteri, gadis 17 tahun tak nak pegang gelaran janda

Cuma 2 hari bergelar isteri, gadis 17 tahun tak nak pegang gelaran janda

Setiap wanita pasti tidak ingin memegang gelaran janda lebih-lebih lagi di usia muda. Hal ini samalah seperti perkongsian seorang remaja yang baru sahaja 17 tahun namun sudah dipanggil janda susulan bercerai setelah 2 hari bernikah.

Baru 2 hari nikah dah bercerai

Luahan tersebut telah dibuat oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @prettypretty4198 apabila berpisah dengan suami pada usia muda serta jangka hayat perkahwinan yang hanya beberapa hari.

Menerusi perkongsian dari Mstar, Noranah Roni telah berkongsi perjalanan hidupnya apabila ramai yang bertanya tentang kebenaran statusnya sebagai seorang janda pada usia yang cukup muda.

Sepakat bercerai, tak pernah tinggal sebumbung

Menurut wanita kelahiran Sabah itu, dia dan pasangan sebelum ini sepakat untuk berpisah kerana merasakan tiada jodoh antara mereka.

“Penceraian adalah jalan terbaik untuk saya dan bekas suami,” ujarnya.

Remaja tersebut juga menyatakan mereka berdua tidak pernah tinggal sebumbung apalagi melayari bahtera perkahwinan seperti pasangan yang lain.

“Kalau dikatakan janda, sebenarnya bukan juga sebab belum sempat menjalani kehidupan berumahtangga.

“Pada masa yang sangat singkat, dua hari terus saya bercerai… saya pun tak faham kenapa perlu label janda,” luahnya.

Nikah atas kehendak keluarga

Bercerita tentang punca mereka berkahwin dan berpisah, Noranah memaklumkan yang mereka sebenarnya telah diminta untuk berkahwin oleh ibu bapa mereka.

Disebabkan patuh dengan kehendak orang tua, dia dan bekas suami rela bernikah, namun sepakat untuk bercerai selepas itu memandangkan kemahuan ibu bapa telah tertunai.

Saya bernikah atas sebab kemahuan keluarga. Jadi dengan tidak rela saya akur saja pada keadaan semasa ketika itu.

“Bagi saya keluarga adalah keutamaan dalam hidup, oleh itu tidak mahu mengecewakan mereka,” jelasnya.

Bagaimanapun, selepas segala urusan berkaitan perkahwinan selesai, dia dan bekas suami sependapat untuk berpisah.

“Kami bercerai sebab itu pilihan kami berdua… kehendak keluarga juga sudah diikuti.

“Selepas berbincang dengan kedua belah pihak, maka keputusan untuk berpisah dipersetujui dengan cara baik.

“Alhamdulillah semua bersetuju dan kami menganggap setiap yang berlaku adalah sebuah takdir,” imbaunya kembali.

Walau bagaimanapun, dia akui yang tak lepas dari makian serta tohmahan masyarakat selepas berkahwin pada usia 17 tahun dan tempoh perkahwinan begitu singkat.

Namun, dia sama sekali tidak mengambil pusing kata-kata mereka kerana menganggap apa yang berlaku adalah pengalaman dalam hidupnya.

Sumber dan rujukan

Mstar (Nazwin Nazri), TikTok @prettypretty4198 VIA OMM