Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

"Adui sakitnya!!! Sebagai seorang ibu, air mata mengalir (mengenangkan) betapa sakitnya adik ini...",-

[V] Cikgu panggil pergi sekolah, ibu terkedu tengok tangan anak bengkok! Ingatkan terjatuh, rupanya kawan tolak
ALANGKAH luluh hati seorang ibu apabila mendapat perkhabaran mengenai kemalangan menimpa anaknya di sekolah.
Berita buruk anaknya mengalami kecederaan yang serius ini dimaklumkan oleh seorang guru melalui panggilan telefon.
Menurut ibu kepada mangsa, Nirwana, dia bergegas ke sekolah sebaik sahaja mengetahui tentang kemalangan yang menimpa anak lelakinya itu yang dikatakan terjatuh.
Apabila tiba di sekolah, Nirwana mendapati tangan kiri anaknya bengkok dan nampak seperti sudah patah.
"Sakit yang tiada tandingan apabila dapat tahu anak saya patah tangan dekat sekolah.
"Tiba-tiba cikgu dia call. Anak saya jatuh. Allahu," tulisnya pada video tersebut.
Video tersebut meraih perhatian warga maya yang rata-ratanya bimbang melihat keadaan mengerikan tangan kanak-kanak itu yang terkulai.
Bercerita lanjut mengenai detik kejadian, Nirwana berkata anaknya sedang menunggu suaminya untuk dijemput pulang dari sekolah.
Bagaimanapun, terdapat seorang budak menolak anaknya dari arah belakang sehingga mengakibatkan kecederaan tersebut terjadi.
Dalam video kedua yang dimuat naik, kelihatan seorang pegawai perubatan membawa kit pertolongan cemas bagi memberikan rawatan awal kepada kanak-kanak itu yang sedang menangis di sisi bapanya.
"Masa balik sekolah kawan dia tolak dari belakang.
Sebaik sahaja video itu menjadi tular sehingga ditonton lebih 660,000 setelah disiarkan, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib kanak-kanak tersebut.
"Adui sakitnya! Sebagai seorang ibu, air mata mengalir (mengenangkan) betapa sakitnya adik. Ini yang ditakutkan apabila hantar anak pergi sekolah.
Hantaran terakhir wanita ini di TikTok menunjukkan anaknya menangis teresak-esak setelah tangannya dibalut kain anduh di sebuah hospital.