Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

{VIDEO} “Selamba je dia…” Lelaki ‘spin’ mesin judi di majlis agama undang kecaman netizen..

{VIDEO} “Selamba je dia…” Lelaki ‘spin’ mesin judi di majlis agama undang kecaman netizen


“Selamba je dia…” Lelaki ‘spin’ mesin judi di majlis agama undang kecaman netizen. Seorang lelaki dilihat selamba bermain mesin judi secara online semasa menghadiri sebuah majlis keagamaan.

Tindakan selamba lelaki tersebut yang langsung tidak menghormati majlis agama telah mengundang pelbagal kecaman daripada warganet.

Menerusi muat naik tersebut, lelaki berkenaan menggunakan telefon pintarnya untuk memutar mesin judi ‘online’ ketika sedang duduk bersama hadirin yang lain.

Turut difahamkan, aksi tersebut dirakam sewaktu jemaah sedang menunggu kehadiran penceramah bagi sebuah Majlis Sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini. Walau bagaimanapun, lokasi dan tarikh sebenar kejadian ini tidak dinyatakan.


Berikutan itu, rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki tersebut kerana tidak menghormati malah tiada perasaan malu berbuat demikian di dalam majlis keagamaan yang dihadirinya. Perbuatan tersebuat juga dianggap telah mencemari kemuliaan majlis keagamaan.