VIDEO - Pemandu Perodua Kancil dikhuatiri lemas terjvn Jambatan Kedu...
VIDEO - Pemandu Perodua Kancil dikhuatiri lemas terjvn Jambatan Kedu
, October 03, 2022 Pemandu Perodua Kancil dikhuatiri lemas terjvn Jambatan Kedua "Mangsa berusia 35 tahun dikatakan telah meninggalkan keretanya itu di tepi tembok bersama telefom bimbit di tempat duduk penumpang hadapan" GEORGE TOWN, PULAU PINANG– Seorang pemuda dikhuatiri lemas selepas dipercayai bertindak terjvn dari Kilometer (KM) 18.0 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) atau lebih dikenali sebagai Jambatan Pulau Pinang Kedua menghala ke Bandar Cassia, Batu Kawan dekat sini. Mangsa berusia 35 tahun dikatakan telah meninggalkan keretanya itu di tepi tembok bersama telefom bimbit di tempat duduk penumpang hadapan. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku kira-kira pukul 7.28 petang dan tiba ke situ kurang 10 minit kemudian. “Apabila pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa telah bertindak terjvn dari Jambatan Pulau Pinang Kedua itu. “Sehingga kini, mangsa masih belum ditemui. Maklumat lanjut berhubung penemuan mangsa akan dikemaskini nanti,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. Pada 5 Jun lalu, media melaporkan seorang lagi anak muda yang juga individu ke-17 tahun ini dilaporkan bertindak terjvn dari KM 7.4 Jambatan Pulau Pinang, menghala ke Perai dekat sini kira-kira pukul 8.20 pagi. Mangsa dipercayai dari Kuala Lumpur sebelum itu telah meninggalkan sebuah motorsikal jenis Yamaha 125ZR berwarna merah di atas jambatan berkenaan. . Baca Artikel Penuh : https://www.malaysiahariini.com/2022/10/video-pemandu-perodua-kancil-dikhuatiri.html?m=1