Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

[VIDEO] “Jangan sampai syirik…” Dr Malar tegur wanita Islam pakai tema Bollywood di sebuah majlis...

{VIDEO} “Jangan sampai syirik…” Dr Malar tegur wanita Islam pakai tema Bollywood di majlis


Pensohor media sosial dan juga pakar perubatan, Dr. Malar Santhi baru-baru ini ada memberi teguran mesra kepada wanita beragama Islam yang gemar memperagakan pakaian tema Bollywood dalam sesuatu majlis.

Kata Dr. Malah, dia melihat ramai muslimah memakai pakaian tradisional India seperti Sari, lengkap dengan perhiasan kaum India bagi memeriahkan lagi tema dalam sesuatu majlis itu.

Video Player
00:00
02:53

Berikutan itu, dia terpanggil untuk menegur wanita Islam yang mungkin tidak mengetahui antara budaya bangsa India dan agama Hindu.

Pemakaian tema Bollywood ini mempunyai dua komponen, satu komponen bangsa India dan kedua komponen agama Hindu.

Kalau anda nak pakai tikka di atas dahi dan kepala, pakai sari, pakai rantai cantik, gelang itu tidak ada masalah kerana itu budaya.

Namun begitu, ujar Dr. Malar, ada juga yang memakai pottu (tanda di dahi), dan ia sesuatu yang diamalkan dalam agama hindu.

Sepatutnya pottu berwarna merah dipakai oleh wanita sudah berkahwin, dan warna hitam untuk yang belum, khusus untuk yang beragama Hindu, tapi ini pun agak berubah mengikut kawasan geografi di India.

Jelasnya lagi, dia berasa terpanggil untuk memberi teguran tersebut kerana banyak bergaul dengan rakan-rakan yang beragama Islam dan mengetahui penting untuk menjaga hukum dalam seperti syirik dan haram.

“Jadi berhati-hati ketika anda mengenakan tema Bollywood dan jangan sampai tersasar, ambil yang budaya sahaja, berhati-hati dengan komponen agama Hindu.” katanya lagi.