Sudah Bercerai Tapi Bekas Suami Masih Lagi Minta Ituuu….


PETALING JAYA – Sudah enam bulan berpisah dengan bekas suami, namun lelaki tersebut sehingga kini masih meminta hubungan kel4mln dengan bekas isterinya.

Itu masalah dihadapi seorang wanita dikongsikan menerusi Facebook Peguam Kebajikan berhubung keadaannya yang masih tinggal sebumbung dengan bekas suami ekoran tiada tempat tinggal lain serta tidak mampu bekerja kerana masalah kesihatan.

“Hasil daripada perkahwinan dengan bekas suami, kami dikurniakan empat anak. Bekas suami sering meminta menjalinkan hubungan kel4mln, sedangkan kami sudah bukan suami isteri.

“Jka saya tolak kemahuannya, dia akan tuduh saya. Dia akan cakap, ‘dengan orang lain boleh’. Sedangkan saya tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu,” katanya.

Wanita itu berkata, bekas suaminya juga pernah mencadangkan supaya dia menjadi pel4cur sekiranya tidak mampu bekerja untuk menyewa rumah lain.

“Saya boleh keluar dari rumah ini, duduk di kaki lima pun tidak apa. Yang jadi keberatan untuk saya keluar dari rumah adalah anak bongsu saya usia tujuh tahun.

“Dia akan menangis kalau saya tidak ada di rumah sebab saya pernah lari ke rumah adik.

“Bekas suami telefon suruh balik sebab anak menangis tak henti-henti. Untuk pengetahuan, saya sudah tidak ada ibu bapa. Apa perlu saya buat?,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE