Suami Patut Bayar Isteri Minimum RM5000 Sebulan. Itulah Nilainya Kerja Di Rumah - Pakar Motivasi...
Minimum RM5000 Sebulan. Itulah Nilainya Kerja Di Rumah , October 05, 2022 Suami Patut Bayar Isteri Minimum RM5000 Sebulan. Itulah Nilainya Kerja Di Rumah - Pakar Motivasi "Nampak macam mudah, tapi cubalah suami ambil alih tugas isteri sehari pun cukuplah, kita akan rasa kepenatan yang teramat sangat macam penat seminggu bekerja." ujarnya Agak-agak berapa jumlah nafkah yang suami beri pada isteri setiap bulan? Ratus, ribu atau tidak beri langsung sebabnya isteri sendiri bekerja dan mempunyai pendapatan lebih banyak daripada suami. Itu bagi isteri yang bekerja. Bagaimana pula dengan isteri yang tidak bekerja dan mengharapkan gaji suami semata-mata. Berapa yang suami bayar untuk isteri yang hanya suri rumah sepenuh masa. Baik isteri bekerja atau suri rumah, suami kena faham dan tidak boleh anggap isteri duduk di rumah hanya goyang kaki dan tidak buat apa-apa. Cuba kalau suami ambil alih tempat isteri, cukuplah sehari. Mahunya suami akan surrender sebab tak mampu kan! Perkongsian daripada Pakar Motivasi Hassan Adli ini, boleh membuka mata suami tentang supaya kira berapa nilai yang boleh dia beri pada isteri bila buat kerja di rumah. Barulah dia tahu kan! Bukan Goyang Kaki Sebahagian suami menyangka isteri yang menjadi suri rumah goyang kaki di rumah, makan tidur tak buat apa-apa. Bila suami balik rumah, dimarahnya isteri sebab rumah bersepah, baju tak berlipat. “Awak ni dok rumah buat apa?” Muka suami punyalah ketat, dipandangnya isteri macam harimau kelaparan. Akhirnya suami keluar rumah lepak dengan kawan-kawan. Dikatanya “aku stress kat rumah, balik rumah pun serabut. Aku kerja cari duit, duit rumah aku bayar, kereta aku bayar, dia dok rumah kemas rumah pun tak boleh buat”. Isteri di rumah melayan perasaan, pendam seorang diri. Duhai malang nasib si isteri. Nilaikan Sendiri Wahai para suami mithali, pernah tak kita mengira berapa nilai kerja isteri kita di rumah? Jom kita kira sama-sama: 1. Kalau panggil part time maid untuk kemas rumah 2 jam RM60. Isteri mengemas rumah lebih dari 2 jam sehari. Kita anggarkan sehari RM100 untuk upah mengemas rumah. Sebulan RM3000 suami perlu bayar pada isteri. 2. Upah memasak untuk tukang masak di restoran, gajinya sebulan paling kurang RM2000. Kita anggarkan RM1000 sebulan cukuplah untuk upah isteri masak untuk kita dan anak-anak. 3. Basuh baju kalau hantar dobi sehari anggaran RM20. Sebulan RM600. 4. Upah jaga anak sebulan RM400 seorang anak. Kalo 3 orang anak RM1200 sebulan suami perlu bayar pada isteri. 5. Upah iron baju anggaran sehari RM10. Sebulan RM300. Itu tak termasuk upah picit badan suami, urut kepala suami sebab pening, dan lain-lain lagi. Bukan Tidak Penat Walaupun isteri kita suri rumah sepenuh masa, jangan kita menyangka yang dia tak penat menguruskan rumah tangga. Nampak macam mudah, tapi cubalah suami ambil alih tugas isteri sehari pun cukuplah, kita akan rasa kepenatan yang teramat sangat macam penat seminggu bekerja. Isteri buat semua tu kerana sayangkan suami, dia tak minta pun upah itu ini, cukuplah kasih sayang daripada suaminya. Kalau suami balik rumah tengok rumah bersepah, kain tak berlipat, jangan terus kita bersangka buruk dengan isteri. Bukan dia tak nak lipat baju, tapi dia tak sempat nak lipat sebab banyak kerja rumah yang dia buat sebelum tu. Apa kata kita ikut cara Nabi SAW bila balik rumah, Baginda tak banyak komplen dan tidak bersangka buruk terhadap isterinya, bahkan Baginda akan bantu kerja isteri tanpa diminta. Bersyukurlah Suami Apapun, syukurlah dengan apa yang telah Allah anugerahkan pada kita, dapat isteri sebagai teman hidup pun satu rahmat. Apa-apa kekurangan pada isteri anggaplah ianya sebagai suatu keunikan yang menambah seri dalam rumah tangga. Pointnya, hargailah penat lelah isteri walaupun mereka bergelar surirumah sepenuh masa. Bukanlah mesti membayar sejumlah wang sebagai upah kerja isteri, nafkah zahir ikutlah kemampuan suami. MW: Kalau suami berkira sangat, boleh tunjukkan nilai kiraan ini ye isteri-isteri sekalian.. Baca Artikel Penuh : https://www.buletin3.com/2022/10/suami-patut-bayar-isteri-minimum-rm5000.html?m=1