Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Selalu Kena ‘Pikat’ Dengan Elly Mazlein Atas Pentas, Tak Sangka Ini Respon Fuad Rahman “Saya Selesa, Dia Pun..”


Selalu Kena ‘Pikat’ Dengan Elly Mazlein Atas Pentas, Tak Sangka Ini Respon Fuad Rahman “Saya Selesa, Dia Pun..”

Bintang Gegar Vaganza ke-9 dari Singapura, Fuad Rahman mengakui bersikap profesional dengan usikan pengacara Elly Mazlein terhadap dirinya malah merasa selesa.

Menurut Fuad atau nama sebenarnya Muhammad Fuad Abdul Rahman, 43, dia mengerti Elly hanya menjalankan tugas dan hubungan mereka tidak lebih daripada rakan sepentas.

“Saya selesa, profesional, dia pun profesional. Inilah dunia hiburan. Bila dia jadi begitu, saya faham.

“Antara saya dan dia, ada content yang buatkan orang tertunggu-tunggu. Orang nak tengok saya layan Kak Lina ke tak.

“Kami jumpa beberapa kali, dia pun ada cakap Fuad jangan marah tau. Saya faham, ini kerja dia. Itu memang karakter dia, this is entertainment. Tapi ada netizen yang tak tahu,” ujarnya ketika ditemubual.

Fuad ditemui pada majlis sidang media konsert GV9 minggu kelima yang diadakan di Auditorium MBSA pada Ahad.

Dalam pada itu, pelantun lagu Bila Rindu itu sangat memandang tinggi teguran daripada juri tetap Datuk Ramli MS.

Ujarnya lagi, dia bersyukur mendapat kritikan yang membina daripada Tok Ram yang merupakan kawan baik kepada arwah bapanya.

Malah, teguran dan kritikan itulah yang membuatkan dia bangkit sehingga menduduki tangga ketiga pada konsert kelima GV9 sebentar tadi.

“Macam minggu lepas Tok Ram cakap saya air mata buaya, itu hanya lingo, saya dengan kawan-kawan pun memang cakap macam tu. Cara dia cakap tu macam pengajaran.

“Minggu ni, saya dah tak kaku lagi, saya tunjuk, lepaskan. Baguslah kalau tak, macam tu je.

“Bila Tok Ram tegur, alhamdulillah saya bersyukur kerana Tok Ram tu kawan arwah bapa saya. Mereka bermain muzik sama-sama dulu.

“Apa yang dia cakap dalam pertandingan ni, saya dengar. Dia marah ke, saya terima sebab itu benda yang betul.

“Untuk saya sendiri, saya tak berkecil hati. Ini memang pasal kerja, netizen kadang tak tahu. Bila saya senyum tu tandanya saya yakin,” tambahnya lagi.