Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Nahasss..Pemandu maut selepas lompat keluar dari lori terbabas🥺

Pemandu maut selepas lompat keluar dari lori terbabas


GUA MUSANG – Seorang pemandu lori maut selepas melompat keluar dari lori dipandunya yang hilang kawalan di Kilometer 56 Jalan Gua Musang-Lojing, di sini malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.15 malam itu, Badrul Hisham Kamaruddin, 24, maut di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala yang terhentak pada permukaan jalan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata mangsa dipercayai cuba menyelamatkan diri dengan melompat keluar dari lori membawa muatan sawit berkenaan. 


Pekerja pembersihan, remaja perempuan maut nahas di Jalan Solok Duku Tanjung Bidara dan Jalan Kuala Sungai Baru

“Mangsa dalam perjalanan dari Lojing menuju ke Gua Musang. Tiba di tempat kejadian, lori dipandunya dipercayai hilang kawalan semasa menuruni bukit yang berselekoh.

“Mangsa dipercayai cuba menyelamatkan diri dengan melompat keluar dari lori, tetapi kepalanya terhentak pada permukaan jalan dan cedera parah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Beliau berkata, mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Siasatan lanjut kejadian berkenaan masih dijalankan polis,” katanya. 

Sumber: wowberita.my