Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“Memang gila pun..!!!” Kerana mahu tambah pengikut di media sosial dua wanita sanggup buat kerja gila

“Memang gila pun…” Kerana mahu tambah pengikut di media sosial dua wanita sanggup buat kerja gila


Dua wanita yang tampil berbogel dalam iklan trip memancing di daerah kecil Bang Saray, wilayah Chon Buri, Thailand menyerah diri kepada polis selepas isu tersebut menjadi tular, lapor laman Thaiger semalam.

Kedua-dua wanita itu berkata, mereka melakukannya untuk mendapatkan pengikut di media sosial dan tidak menawarkan perkhidmatan seks atau memancing.

Dua wanita itu hadir di Balai Polis Sattahip hari ini dan mengaku menyiarkan gambar bogel itu di laman Twitter.

Wanita itu berkata, lelaki-lelaki yang dipaparkan dalam gambar itu adalah teman lelaki mereka.

Kesemua yang terlibat menyewa bot dan mengambil gambar menggunakan tripod sebelum memutuskan untuk memuat naik siaran itu ke laman Twitter untuk mendapatkan lebih ramai pengikut.


Wanita terbabit turut menegaskan tiada agensi pelancongan atau nelayan terbabit dan mereka tidak mengenali pemilik bot berkenaan.

Kedua-dua wanita itu didakwa mengikut Seksyen 14(4) Akta Komputer kerana mengimport bahan dan maklumat lucah ke Internet yang boleh diakses oleh orang ramai.

Mereka berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda sehingga 100,000 baht (RM12,381) atau kedua-duanya sekali.

Tiada laporan sama ada teman lelaki mereka akan didakwa.