Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Mas Idayu Siku Pembantu Artis Terima Kecam4n Netizen. Rupanya Ini Yg Pembantu Dia Buat..

 

Mas Idayu Siku Pembantu Artis Terima Kecam4n Netizen. Rupanya Ini Yg Pembantu Dia Buat

Penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu hangat diperkatakan baru-baru ini apabila baru sahaja melangsungkan perkahwinannya pada bulan September yang lepas.

Namun begitu, satu video yang tular di TikTok telah menunjukkan penyanyi dangdut itu telah menyiku pembantunya hingga terima kecaman daripada netizen, hm apa pula yang jadi tu?

Tercucuk pin tudung

Video yang tular itu menunjukkan Mas Idayu memarahi pembantu wanita itu kerana tercucuk pin tudung di atas kepalanya. Selain itu, penyanyi dangdut itu juga meminta agar pembantu tersebut memohon maaf. Siapa sangka tindakannya memarahi pembantu tersebut mengundang perhatian warganet di ruang komen.

Agaknya apa pandangan pembaca Oh! Media tentang hal ini?

Sakitlah. Betul-betul boleh tak? Kau ni belajar ke apa ? Berapa kali dah tercucuk mami tau. Ya Allah budak ni. Hari tu kena zip. Minta maaf.
Berikutan itu, wanita berkenaan meminta maaf kepada Mas Idayu dan mengakui kesilapannya.

Kebanyakan netizen meluahkan rasa tidak senang dan beranggapan penyanyi yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan itu tidak patut bertindak demikian.

Jangan sombong, harta kemewahan tuhan pinjamkan sekejap saja. Tiada manusia tak pernah buat silap.
Cakap elok-elok la Mas Idayu, kesian tengok budak tu la.

Mas Idayu nafi rumah tangga goyah, bengang jadi bahan gosip

Dalam perkembangan lain, Penyanyi dangdut Mas Idayu meluahkan rasa bengang apabila tindakannya memuat naik status sedih di media sosial mencetuskan spekulasi rumah tangganya bermasalah.

Mas Idayu atau nama sebenarnya Masidayu Mesnun, 50, berkata, perkahwinan yang baharu sahaja sebulan dibina itu berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

“Apa yang membuatkan saya marah apabila ada berita mengatakan ‘baru bahagia dah berduka’.

“Mereka kata ambil daripada kapsyen Instagram saya, sebenarnya sejak dulu saya suka berkongsi cerita sedih, gembira atau kelakar. Tapi saya tidak terlibat dengan kapsyen itu!

“Sepanjang baru sebulan saya kahwin… saya okey sahaja. Inai pun masih merah lagi,” ujarnya.

Terdahulu, sebuah blog hiburan melaporkan rumah tangga penyanyi itu kini sedang bergolak selepas dia memuat naik video dan kapsyen berbunyi ‘berselindung disebalik senyum dan tawa… i’am okey’.

Penyanyi lagu Selangit itu meminta semua pihak berhati-hati dalam berkongsi sesuatu perkara yang tidak betul terutama melibatkan rumah tangganya.

“Saya okey sahaja, kalau nak tahu apa-apa tanya dahulu, kalau kami nak berkongsi okey, kalau tidak maknanya itu hal personal. Kami masing-masing ada keluarga.

“Kita kena jaga hati keluarga masing-masing. Kalau boleh doakan sahaja yang baik-baik,” ujarnya.

Sementara itu, Mas Idayu berkata dia dan suaminya kini sibuk dengan kerja masing-masing dan tidak selalu muncul bersama.

“Apa yang korang nak sebenarnya, nak tengok Mummy dan Daddy berkepit je hari-hari.

“Kami sangat-sangat sibuk dengan kerja. Seminggu ni saya betul-betul sibuk dan tiada masa nak layan cerita bodoh ni,” ujarnya.

Mas Idayu menamatkan zaman janda dengan penerbit eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51, dengan sekali lafaz pada 16 September lalu.

Mas Idayu dan Muhammad Sufian berkenalan sejak terbabit dalam program Mentor 3 pada 2008.

Sebelum ini, Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor, Aman Graseka pada 1997, namun bercerai pada 2006.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Dayini Ashiqah, 25.

Mas Idayu jelaskan status yang dimuat naik dalam laman sosial tiada kaitan dengan rumah tangga yang baru sebulan dibinanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

kredit: omm, tiktok