“Inai pun tak hilang lagi..”- Mas Idayu Akhirnya Jelaskan Perkara Sebenar Soal Rumah Tangganya
“Inai pun tak hilang lagi..”- Mas Idayu Akhirnya Jelaskan Perkara Sebenar Soal Rumah Tangganya
“Tiada apa, saya okay je. Jangan buat cerita apa-apa. Saya tidak boleh terima apa yang korang tulis. Saya okay je bahagia. Inai pun tak hilang lagi jangan buat andaian yang bukan. “Saya rasa tidak perlu korang menumpang populariti hanya nak naikkan page, tak kena tak sesuai,” katanya. Mas Idayu menjelaskan mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Ahad.
Menjawab mengenai perkara itu, Mas berkata dia dan suami sedang melalui fasa bahagia dan bukan seperti yang digembar gemburkan.Katanya, sejak dari dulu lagi dia sememangnya suka berkongsi kapsyen sedih, kelakar dan juga gembira.”Saya baru sahaja dirikan rumah tangga, hari ini baru genap sebulan. Apa yang korang nak? Saya dah tunjuk kebahagiaan. Semua hari perkahwinan, nikah dan percintaan.
“Benda yang saya tak kongsi korang boleh tahu, korang duduk dalam kain saya ke?” katanya lagi. Dalam pada itu, dia juga meminta peminatnya untuk mendoakan perkara yang baik buat dia bersama suaminya.”Doa yang baik-baik, saya ni banyak kerja,” tambahnya. Sumber: Mstar