Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Astaghfirullah...Lelaki meraung isteri maut dalam kereta terbakar😭

VIDEO - Lelaki meraung isteri maut dalam kereta terbakar  15, 2022 Lelaki meraung isteri maut dalam kereta terbakar “Allahhuakbar sedihnya isteri dia dalam kereta, ” PETALING JAYA – Seorang lelaki kelihatan meraung selepas isterinya dipercayai terperangkap di dalam sebuah kereta yang sedang terbakar. Kejadian itu dipercayai berlaku selepas kereta yang mereka naiki terlibat dalam sati kemalangan di Kilometer 45, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan sebelum simpang Sedenak, Kulai, Johor sebentar tadi. Walaupun cuba ditenangkan oleh pengguna jalan raya yang lain, namun lelaki tersebut tidak dapat menahan sebaknya kerana gagal menyelamatkan isterinya. Tangisan pilu lelaki tersebut telah dirakam oleh seorang pengguna jalan raya sebelum ia dimuat naik di laman Facebook oleh seorang individu dikenali sebagai Ridzema Naj. Menurut individu tersebut,kejadian itu menyebabkan kereta dinaiki mangsa terbakar dan difahamkan lebuh raya ditutup sepenuhnya ketika ini oleh pihak berkuasa. Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna bersimpati dengan lelaki tersebut dan mereka mendoakan agar individu itu tabah serta kuat menghadapi dugaan itu. “Tak sanggup dengar raungan suami mangsa..Allahuakhbar!!. Semoga tabah Salam takziah untuk seluruh ahli keluarga, ” tulis Nur Faizah Izah. Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Aishah Rosli. “Allahhuakbar sedihnya isteri dia dalam kereta, ” ujarnya sedih.. Baca Artikel Penuh : https://www.wanitaharini.com/2022/10/video-lelaki-meraung-isteri-maut-dalam.html?m=1